Monday, February 6, 2017

5 Koleksi Terkini Zacheela: Glamorous Devotion

Hello ladies!

Aku sangat excited nak share dengan korang yang butik pakaian muslimah, Zacheela yang diasaskan pada tahun 2013 telahpun melancarkan koleksi terbaru mereka, Glamorous Devotion. 

Glamorous Devotion menampilkan 5 koleksi fesyen terkini dengan 30 seleksi busana Muslimah. Koleksi kali ini menggunakan fabrik berkualiti Rasetti Silk dan Korean Polyster dengan perincian mutiara dan manis premium.

Setiap busana yang direka Zacheela adalah special kerana mengambil kira aspek keselesaan ibu menyusu serta mesra wuduk. Semua busana rekaan Zacheela juga sesuai untuk dipakai dipelbagai situasi dam majlis.


Setiap pakaian yang dihasilkan oleh Zacheela diberi jaminan kualiti dan memenuhi kepuasan pemakainya. Mereka memberi tempoh selama 7 hari untuk pemulangan atau oenukaran pakaian kepada pemakainya.

1. Koleksi Florella


Florella diinspirasikan dari paten flora berwarna ungu dan dusty green. Patern ini akan menyerlahkan keanggunan dan kelembutan orang yang memakainya. Bagi korang yang meminati gaya feminin dan romantis, Frorella adalah yang paling sesuai untuk korang.

Saturday, February 4, 2017

Pertama Kali Mencuba Seluar Panas Jonlivia Hotpants

Hello korang.

Selalu dengar pasal seluar panas atau hotpants. Tapi ye ke hotpants dapat membantu untuk membakar lemak kat yang kawasan tertentu, terutamanya kawasan peha dan perut?

Dengar cerita, dengan memakai seluar pembakar lemak, Jonlivia Hotpants, boleh meningkatkan peluh korang, sekaligus mebantu badan dalam proses detoksifikasi.

Jonlivia Hotpants diperbuat daripada fiber berkualiti tinggi yang boleh meningkatkan suhu badan apabila dipakai. Material ini juga dikatakan mampu membuatkan korang berpeluh 3 hingga 4 kali lebih banyak. Wew.


Sebelum beli Jonlivia Hotpants ni, korang dikehendaki memberikan butiran ukuran saiz pinggang &  pinggul untuk rekod dan juga untuk tengok saiz apa yang sesuai untuk korang. Macam aku, sesuai saiz M.


Friday, February 3, 2017

Swissvita Micrite 3D All Use & Serum Review

Hello beautiful.

Semua orang, perempuan ke lelaki ke memang nak muka bersih dari sebarang cela. Siapa nak muka dia berjeragat atau ada kesan parut jerawat kan? Mesti la orang nak muka deorang bersih je.

Kadang-kadang kesian kat orang yang ada masalah kulit, lepas tu kulit pulak jenis sensitif, tak boleh pakai sebarangan produk nanti jadi lagi teruk. Macam adik aku yang ke-3 memang sensitif betul kulit dia, masalah hormon, kesian dia kecik-kecik dah penuh jerawat kat muka.

Macam-macam dah produk cuba, tapi susah nak jumpa yang sesuai dengan dia, dari yang murah, kepada la yang mahal. Masa aku dapat produk dari Swiss Vita Laboratories, bagi dia cuba, pergh, memang efiktif ok.


Sebabkan produk dari Swiss Vita Laboratories ni bebas daripada paraben, alkohol, pewangi dan pigmen, maka sebab tu kulit dia boleh terima. Korang yang ada masalah yang sama boleh cuba jugak. Senang kata semua jenis kulit boleh pakai produk Swiss Vita ni.


Swiss Vita Laboratories Product Review

1. Swissvita Micrite 3D All Use Whitening Serum
2. Swissvita Micrite 3D All Use Anti-Spot Serum
3. Swissvita Mandelic Acid Perfect Ratio Complex Serum

Tuesday, January 31, 2017

NESCAFÉ Tarik: Minuman Kopi Bersusu

Hello dan Assalamualaikum korang.

Suami dan aku bukanlah penggemar air kopi, tapi kami dua memang minum air Nescafe sebab rasa kopi dia tak kuat sangat sebab dah campur dengan susu. Kadang-kadang dalam selang seminggu kami tukar-tukar la kopi pulak kan, asyik coklat je.

Minuman kopi kegemaran kami dua sekarang adalah Nescafe Tarik yang dalam pek baru ni. Nescafe Tarik merupakan minuman kopi bersusu yang aku rasa sesuai untuk korang yang baru nak cuba rasa kopi, tapi tak suka rasa kuat kopi.


Haritu sebelum pergi bercuti kat Indonesia, sempat aku restock 6 tin Nescafe Tarik ni buat nak bawak jenjalan. Nak bawak sikit, nanti suami aku berebut pulak kan. Nasib baik jugak lah bawa banyak sebab mama aku pun suka sama.


Atas flight jangan cakap lah, pergi balik order makanan, makan dengan Nescafe Tarik ni. Memang tak order air lain dah. Syok rasa dia. Kalau tengah penat pun boleh rasa bertenaga balik.


Ingatkan kalau nak minum Nescafe ni, kat Malaysia je ada, tapi sampai ke Indonesia ada. Harga pun aku tengok lebih kurang je. Gambar kat bawah ni aku ambil masa kat Alfamart, lebih kurang macam 7e kat sana. Tengok, orang Indonesia pun suka.


Korang jangan lupa tau rasa NESCAFÉ Tarik dalam pek baru ni. Spesialnya NESCAFÉ Tarik ni sebab mengandungi biji kopi dari Robusta dan Arabica. Rasa memang betul-betul sedap. Seriously.

Till then,