21 Tahun Sushi King & Kini Sahkan Halal oleh Jakim

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Sushi King, merupakan restoran makanan Jepun yang terbesar di Malaysia kini telah menyambut ulang tahun mereka yang ke-21 tahun. Sushi King Sdn Bhd telah diasaskan pada tahun 1995, yang memperkenalkan hidangan sushi pada 'kaiten' (conveyor belt).

Bayangkan daripada 1 outlet sahaja di Kuala Lumpur, sekarang ini sudah 21 tahun dengan lebih daripada 100 outlet dan akan datang banyak lagi. Phew, banyak betul pencapaikan dan peningkatan kan?



Bertempat di ice rink Sunwat Pyramid, apa yang istimewa pada sambutan kali ini adalah, pembuatan sushi maki roll sepanjang 70 kaki yang dijayakan oleh pasukan chef Sushi King yang diketuai oleh ketua chef, Takeshi Torita, diikuti dengan Tan Sri Fumihiko Konishi, pengasas dan ketua eksekutif Texchem Resources Berhad, Akihiko Hijioka, President & COO Texchem Restaurant System, barisan artis tanah air, Dato’ Faridah dan wakil daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).



70-foot maki roll dibuat menggunakan 18kg beras, 4kg timun, 150 keping rumpai laut, 50 telur, 180 kanikama fish cake sticks dan 3kg capelin roe. Setelah maki roll ini disiapkan, ia dipotong dan dibahagikan untuk diberikan kepada orang yang berada di Sunway Pyramid, sebagai tanda terima kasih kerana menyokong Sushi King.


Selain itu, Sushi King juga telah menyumbangkan dana sebanyak RM21,000 kepada rumah kebajikan kanak-kanak Pertubuhan Rahoma Darul Fakir Malaysia yang merupakan rumah untuk 55 anak-anak yatim. Rumah ini diasaskan oleh Dato’ Faridah Omar Shah.


Sushi King kini dengan 105 outlet di Malaysia dan telah diiktiraf oleh Malaysia Book of Records sebagai restoran rantaian sushi terbesar di Malaysia dan telah memegang rekod itu sejak tahun 2000 lagi.


Berita gembira untuk penggemar Sushi King yang beragama Islam, Sushi King kini telah berstatus halal di hampir 90% outlet termasuklah di outlet Sushi King Sunway Pyramid. Yang lain tu tengah dalam proses untuk dapatkan sijil halal dari Jakim. 

Untuk pengetahuan korang, sebelum ada sijil halal lagi, Sushi King hanya menggunakan khidmat supplier yang mempunyai sijil halal sebab mereka fokus untuk memberikan makanan yang fresh, good, healthy, safe and high quality food and service kepada orang Malaysia. 

Tapi dengan sijil halal ni, orang Islam boleh makan makanan di Sushi King tanpa rasa was-was dan lebih yakin. Dengan itu Shushi King bukan sahaja restoran rantaian sushi terbesar di Malaysia, malah restoran rantaian sushi Halal terbesar di Malaysia dan mungkin juga di seluruh dunia. Good luck!


Hanjuku Cheese Cake merupakan sejenis pencuci mulut yang patut krang cuba bila ada masa datang makan kat Sushi King. Kek keju ni istimewa sebab dia sangat 'moist' dan lembut. Bayangkan makan kek tapi tak payah kunyah langsung. Lembut dan gebu sangat.


Bagi pencinta makanan Jepun, semestinya kenal Wasabi. Wasabi merupakan sejenis tanaman yang berasal dari Jepun dan selalunya dimakan bersama dengan sashimi, sushi, soba, dan ochazuke. Aku memang tak pernah rasa sebab aku jenis tak makan pedas, tapi suami aku cakap sedap. So, kalau korang jenis suka pedas tu, sila la cuba.


Smilling. Serve Fresh.


Sushi King
Website: sushi-king.com
Facebook: Sushi King
Instagram: sushikingmalaysia

Post a Comment

2 Comments

A N I S said…
lepas ni boleh la masuk sushi king XD
apekinahdotcom said…
Tak pernah try lagi sushi king ni

FOLLOWERS