Tuesday, February 28, 2017

Salon Warna Rambut Premium Yang Murah & Hasil Lawa

Hello beautiful.

Semua orang tahu, tak kisah la perempuan tu jenis yang pakai tudung atau tak, memang pentingkan rambut dia. Nak nampak cantik untuk yang tersayang supaya si dia bertambah sayang. Tak tahu la kalau ada jenis yang tak kisah, tapi untuk aku, aku kisah.

Dalam November 2016 tahun lepas, aku pernah warnakan rambut di satu salun rambut dekat Cheras, warna cantik, tapi proses nak cantik tu, memang sakit dan menyiksakan. Dah la warna tu tahan tak sampai 3 bulan, mahal pulak tu.

But then, kawan aku ada recommendkan salun dandanan rambut Hair Color Expert kat Sri Petaling yang takde la jauh mana dari rumah aku. Jadi aku telefon dan buat booking nak buat warna kat sini. Dia cakap sini murah dan bagus.



Masuk je salun Hair Color Expert ni, semua pekerja sambut aku. Lepas tu aku bibawa duduk oleh stylist untuk bincang macam mana aku nak dan apa keadaan rambut aku sekarang. Masa ni bincang sekali la pasal harga semua.

Contoh pilihan warna premium.

Kat sini pakai langkah @ step. Ada 6 Step yang pelanggan harus ikut.


Step 1: Konsultasi.

Datang-datang je memang korang akan dibawa duduk. Masa ni pakar warna rambut akan tanya korang soalan macam korang pernah ke kaler rambut sebelum ni, korang nak kaler warna apa. 

Kotla teringin kaler pink ke, merah ke, boleh la bagitau kat dia. Nanti dia tahu nak advice samada warna tu sesuai untuk keadaan korang atau tidak. Macam kes aku, aku nak 2 warna, iaitu bahagian dalam Emerald Green dan bahagian luar dengan Lavender Purple.

Ini bahan untuk bleaching rambut.

Aku kaler rambut dengan 2 warna; Emerald green dan Lavender purple.

Step 2: Sesi mewarna rambut

Satu sesi warna rambut selalunya mengambil masa dalam 2-3 jam, ikut kes macam mana. Macam kes aku haritu, aku siap bleach rambut sekali, dengan 2 warna apply kat rambut. Total makan masa dalam 2 jam lebih sikit je.


Step 3: Tunggu 30 minit

Waktu tunggu ni sebab nak bagi warna yang di apply tu set kat rambut korang. Kat sini tak pakai steam yang bende alah bulat kat kepala yang selalu banyak salon pakai tau. Tujuan dia supaya rambut tak cepat rosak. 

Tapi betul, ada beza dulu aku buat dengan sekarang ni. Dulu lepas bleach je, rambut memang kasar habis, dah treatment pun kasar macam berus. Seriously tak tipu.


Step 4 & 5: Basuh dan Treatment

Part basuh best sebab dapat la baring kejap sebab 30 minit duduk je kan. Selalunya masa basuh ni mereka akan basuh dan apply treatment serum dan korang kene tunggu dalan 5-10 minit untuk bilas. Lepas tu mesti rambut bau wangi sampai 3-4 hari.


Step 6: Keringkan rambut

Masa keringkan rambut ni, deorang akan stylekan mengikut kesesuaian atau ikut style mana yang korang nak. Selalunya mereka akan buat style Korean curl. Tapi ikut la jenis warna yang sesuai.

 
 
Ni contoh aku amik gambar dari Facebook mereka. 

Ruang menunggu dimana kalau bawak suami, dia siap boleh tidur kat sini. Kedai makan ada banyak kat kawasan spa ni, kalau mereka nak pergi makan dulu pun boleh. Air minum panas macam Milo, teh atau kopi ada disediakan.


Pengalaman aku:

1. Servis cepat sebab 2 orang akan buat rambut kita pada masa yang sama.

2. Sini tak pakai apa-apa jenis heat @ haba tapi hasil warna masih cantik.

3. Bleach tak sakit kepala langsung sebab bleach tu dia tak buat sampai kena kulit kepala.

4. Daripada bau bleach sampai ke bau dye warna rambut semua bau wangi, tak ada bau kimia yang sakit kepala tu (Ammonia free).

5. Sini tak ada buku atau majalah, baik bawa bahan hiburan diri sendiri.

6. Puas hati dengan harga, siap dengan rawatan sampai rambut masih wangi walaupun dah 5 hari.

Overall aku memang puas hati dengan Hair Color Expert dari A to Z. Aku memang nak sangat upload gambar rambut yang aku dah buat tu, tapi apakan daya, tuntutan agama no 1.

Total harga
RM 276.70

Bleach 1 kali: RM88.90
Warna rambut panjang: RM 88.90
Warna premium: RM30.90
Tambahan warna: RM68.90

Kalau korang jenis yang buat 1 warna biasa macam nak warna merah ke, coklat ke memang hanya perlu bayar harga biasa :

RM48.90 nett untuk rambut pendek, 
RM68.90 nett sederhana panjang, 
RM88.90 nett untuk rambut melebihi bahu.

Masa keseluruhan:
2 jam 15 minit.


Hair Color Expert
Alamat: 11, Jalan Radin Bagus 3, 
Sri Petaling, 57000 Kuala Lumpur

Contact: 03-9544 2089/ 018 3198689
Waktu buka: 10AM - 8PM


INFORMASI

Untuk korang yang tertanya-tanya apa brand yang mereka pakai, dan apa bahan-bahan dia, boleh ke mandi wajib dan solat nanti, meh aku jawab kat sini. Jadi sebelum buat atau beli warna tu, boleh la rujuk bahan yang terkandung dulu ya.

Jenis kimia yang kalis air yang tak boleh pakai bagi orang yang beragama Islam:

1. Methacryloyl ethyl betaine
2. Acrylate copolymer
3. N-methyl pyrrolidone.

Rujuk: Hair color composition of matter including a waterproof ingredient

33 comments:

  1. Great tips! Especially for the ingredients list suit to muslim.

    ReplyDelete
  2. I want to colour my hair but am afraid of the side effects such as itchy scalp and dandruff..Do you experience anything negative, apart from hair colour fading fast?

    ReplyDelete
    Replies
    1. It did on my first time at other salon, but at this one, so far my hair and scalp is good. Their technique of apply the hair dye will not 'touch' your scalp and didn't use any heating device.

      Delete
  3. Its good that you ahve this kind of go-to salon for Muslim women. I wish we have this here in Manila to cater our Muslim women.

    ReplyDelete
  4. the saloon logo look so cute! so near to me ~wanna try one day

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haha. Its like the CIMB bank right? Eh, or Ambank ya?

      Delete
  5. siap ade kaunselor plak tu , kena try satu hari nnt , kulit cokelat ntah warne ape yg sesuai ...haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Lelaki complicated sikit. Kene tanya stylist tu. haha

      Delete
  6. great saloon, wish to try it too, i like the purple hair, looks nice

    ReplyDelete
  7. hi dear, what color have you done? I am so exited to see your hair color ^^

    ReplyDelete
    Replies
    1. I did Green for inner, and Purple on the outside of my hair. I wish I can put a photo of my hair here :)

      Delete
  8. so colourful, the pics you took from their fb :).. nice outlet here for beautiful hair.

    ReplyDelete
    Replies
    1. You can bring your loves one here Isaac. Then, can love her more. hehe

      Delete
  9. omg the purple hair looks so nice! did you do green?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, I do both. Green for inner, and Purple on the outside.

      Delete
  10. Sounds great, I should give it a try!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yes, you should. It was a fun experience for me.

      Delete
  11. I just recently had my hair-colored for the first time and it is addicting! I would love to achive the violet-purplish color in your photo. Byw, the salon looks cozy and nice.

    ReplyDelete
    Replies
    1. I think I'm going to be a hair-salon-addicts also. haha

      Delete
  12. woah seems like a great experience. It's good they have a waiting zone too. haha!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waiting zone mostly is filled up by bf and hubby. haha

      Delete
  13. Waa the price is cheap and affordable!! If can I pun nak try juga =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Go go try it. It was so cheap and good service some more.

      Delete
  14. Good tips..nk warna rmbut tpi tkut ingredient bahan dia x boleh bawa solat,mandi wajib

    ReplyDelete
    Replies
    1. Jangan risau, boleh rujuk tips kat atas :)

      Delete
  15. Ini sudah bagus. Rasa cam nak colour gak la... tapi susah sikit la nak keja. Haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh color yang light sikit. Tengok line clear ke tak. haha

      Delete
  16. tak pakai apa-apa jenis heat @ haba tapi hasil warna masih cantik.. wah.. yang ni bagusss.. tapi yani.. boleh ke bawa solat ye? nak tahu tu dulu.. teringin gak nak color2 rambut ni walaupun rambut memang dah sedia keperangan.. huhuhu

    ReplyDelete
  17. hyeee, dia ada ruangan mslima tak?

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^