Monday, May 22, 2017

Selera Menu Malaysia-Barat di TTDI Murni Kafe

Hello dan Assalamualaikum.

Terima kasih kepada Mr Rony dan Jason, pemilik TTDI Murni Kafe iaitu restoran makanan berkonsepkan makanan Asia-Barat yang terletak di Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur kerana sudi jemput aku untuk makan-makan kat sini.

Penduduk sekitar TTDI mesti dah pernah dengar nama kafe ni atau mesti ada yang pernah makan kat sini dah. Untuk korang yang mencari kelainan dalam menu kafe, review ni khas untuk korang.

Menu yang dihidangkan di TTDI Murni Kafe adalah berkonsepkan Malaysia-Barat iaitu terdiri daripada pilihan menu orang kita, Malaysia, starter dan sup serta menu popular barat seperti spagetthi dan chicken chop, hasil tangan chef kat sini.


Untuk pengetahuan rakan Muslim, restoran ini tak ada sijil Halal, tapi jangan risau sebab deorang dapat supply daging dan ayam semua dari supplier Melayu. Manager restoran ini pun Muslim, InshaAllah meyakinkan.

Nasi Goreng Kampong RM9.00


Nasi Ayam Kam Heong RM12.00

Menu wajib order kalau datang sini dan merupakan pilihan pengunjung kafe ni. Bayangkan betapa sedapnya sampai suami aku nak order sebungkus bawak balik makan kat rumah. 

Nampak macam simple je, nasi putih dengan ayam. Tapi ayam tu kunci kepada hidangan ini. Ayam bahagian tulang masak kam heong rasa dia pedas-pedas-manis gitu. Taknak kering sangat, letak sikit kicap kat nasi. Walau-weh!

Char Kway Teow RM10.00

Mee Rebus RM11.00

Curry Laksa RM 11.00

Spaghetti Aglio E Olio with Turkey Ham RM 15.00


Spaghetti with Chicken Piccata RM 17.00

Menu yang unik kat sini. Chicken Piccata merupakan ayam bahagian dada yang digoreng medium dalam pan, dan diletakkan sedikit sos-butter lemon untuk rasa yang masam-masam-masin.

Kalau rasa ayam dia, macam pelik sikit rasa, tapi kalau makan dengan spaghetti dia, baru cukup rasa. Sesuai untuk korang yang suka cuba menu baru dan nak uji rasa lidah korang.


Chicken Chop Black Pepper RM 17

Korang patut cuba chicken chop ni kalau datang sini. Aku peminat sos black pepper dia sebab sedap. Bagi aku yang membuatkan menu barat tu sedap adalah kuah black pepper dia. Lagi rare dihidangkan dengan brokoli dan bunga kobis rebus.

Cucur Udang RM8

Jus Tembikai RM6.00

Calamansi with Plum (Assamboi) RM6.00

TTDI Murni Kafe telah diubahsuai supaya kafe restoran ini lebih mesra pelanggan. Kalau dulunya kafe ini terbuka, sekarang dah ada pintu kaca dengan aircond di bahagian dalam untuk keselesaan dan keselamatan oengunjung terutamanya kalau bawak budak kecik.

Bahagian luar juga masih dikekalkan untuk korang yang tak suka sejuk, atau nak lepak sambil merokok dengan kawan korang. Nak candle light dinner kat luar pun romantik.

Image daripada FB: TTDI Murni Kafe

Waktu operasi: 
Isnin-Sabtu (10.30AM - 10.30PM)
Tutup pada hari Ahad. 

TTDI Murni Kafe
78, Jalan Burhanuddin Helmi, 
Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur.
Contact: 03-7732 4106

Facebook: www.facebook.com/murnikafe

Terima kasih juga kepada Racheal Loh, Founder of Foodilifecious, website: foodilifecious sebab jemput aku lepak sesama dengan kawan yang lain. :)

Till then,

11 comments:

  1. Mee asam laksa kari n nasi ayam kam heong favourite abg salu..

    ReplyDelete
  2. Aduhai! ni kalau bulan puasa sure iman mesti di kuat kan. sedapnye tgk mee rebus tu.

    ReplyDelete
  3. TB suka gambar-gambar yang yani amik.. semua jelas dan clear .. buat makanan tu bertambah menyelerakan je..

    ReplyDelete
  4. Makanan nampak sedap lar. Harga pun berpatutan.

    ReplyDelete
  5. Food looks delicious but too bad I can't read this :(

    ReplyDelete
  6. The prices look really reasonable. Would love to dine here but don't know when I will have the chance to swing by. :(

    ReplyDelete
  7. Sedapnye! Missed my chance to join u guys the other night.

    ReplyDelete
  8. Wow, look at all the delicious foods, can't wait to try out at this restaurant :)

    ReplyDelete
  9. Wow! Have not been to this place for food before, can't wait to try the curry laksa & cucur udang ;) cheers, SiennyLovesDrawing

    ReplyDelete
  10. Murni Cafe nii have yummy food and price pun affordable too =) Got chance mesti nak cuba ni!

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^