Friday, May 26, 2017

Pusat Hiburan Khas Kanak-Kanak: DREAMWORLD Indoor Play Centre di Starling Mall & IOI City Mall Putrajaya

Hello korang,

Siapa kat sini ada anak kecik yang suka main kat taman mainan? Mesti korang excited nak tahu tentang pusat hiburan mainan dalam yang baru dilancarkan di 2 lokasi di Malaysia iaitu di Starling Mall Damansara dan IOI City Mall, Putrajaya.

Dreamworld Indoor Play Centre merupakan pusat hiburan mainan dalam yang berkonsepkan indoor khas untuk kanak-kanak yang berusia hingga 12 tahun. Kat mana lagi nak bawa anak-anak untuk seronok, sihat dan selamat kan?

Maskot DREAMWORLD Indoor Play Centre, Wallie J, the Eskimo

Ruang bermain di Dreamworld Indoor Play Centre adalah seluas 6000 kaki persegi yang boleh memuatkan seramai 120 orang kanak-kanak. Luas kan ruang dia? Mak-bapak pun boleh masuk sekali luas macam ni.  



Ruang mainan di Dreamworld Indoor Play Centre adalah mesra kanak-kanak dan orang dewasa untuk awasi anak korang semasa mereka bermain. Ruang dan bahagian di Dreamworld Indoor Play Centre dibina khas untuk mereka meneroka, melihat dan bermain secara bebas.

Kombinasi idea ini bagus untuk membentuk minda yang aktif dan kreatif. Aktiviti macam ni pun sangat bagut untuk membentuk fungsi motor, sosial dan interaksi kanak-kanak secara selamat dalam pantauan orang dewasa.





Kanak-kanak yang masuk ke DreamWorld boleh bermain lama mana yang deorang suka, Mereka juga akan dapat makanan percuma, boleh menggunakan dewan serba guna dan dapat kad jemputan. Selain itu, mereka juga boleh bertemu dengan Eskimo.

Maskot DREAMWORLD Indoor Play Centre, Wallie J, the Eskimo

Bayaran masuk tiket:

IOI City Mall
RM 45 (Isnin-Jumaat)
RM55 (Sabtu, Ahad dan cuti umum)
Super Saver (3 Tiket): RM108
6 Bulan Membership: RM288

The Starling Mall
RM 48 (Isnin-Jumaat)
RM58 (Sabtu, Ahad dan cuti umum)
Super Saver (3 Tiket): RM108
6 Bulan Membership: RM288


Membership ini valid sehingga 6 bulan. Antara kelebihan kalau ada membership DreamWorld Pass adalah: Dapat RM288 baucar tunai sempena dengan hari lahir, percuma Buku pass DreamWorld, jemputan khas aktiviti di DreamWorld dan 20% diskaun untuk servis Drop & Shop.

Kalau ada ibu bapa yang nak sewa ruangan di DreamWorld, mereka pun ada promosi dan pakej untuk sambutan dan party.

 

Pakej sambutan dan party:

IOI City Mall
Isnin-Jumaat: RM65
Sabtu, Ahad dan cuti umum: RM75

The Starling Mall
Isnin-Jumaat: RM68
Sabtu, Ahad dan cuti umum: RM78


DREAMWORLD Indoor Play Centre

IOI City Mall
L2-16, Level 2, IOI City Mall,
Putrajaya, Malaysia.
Contact: 012-7029509 (Hazwan)

The Starling Mall
S-202, The Starling Mall, 
No.6, Jalan SS 21/37, Damansara Uptown, 
Petaling Jaya, Selangor.
Contact: 012-7219509 (Yoong Fui)

Facebook: www.facebook.com/dreamworldplayland

Till then, jangan lupa bawak anak kecik korang datang main kat sini :)

10 comments:

  1. Seronok jadi budak budak di zaman sekarang. Banyak betul tempat permainan best best.

    ReplyDelete
  2. Bestnya nampak! Boleh la bawak budak budak time cuti sekolag

    ReplyDelete
  3. Ala... bestnyer! Agak-agak kalau saya nak masuk dibenarkan tak? Hahaha. Kena halau kot kalau saya yang bermain melampau-lampau. Haha

    ReplyDelete
  4. wow menariknya tempat permainan budak2 sekarang. Selamat dan teratur.

    ReplyDelete
  5. wao! it just nearby my place, its time to bring my nephew go have fun!

    ReplyDelete
  6. great place for the kids. I know where to bring my girls to now

    ReplyDelete
  7. Oh wow, don't I wish I have anak kecil to take to Dreamworld so that I can relive my own childhood? Hahaha... nak pinjam someone else's anak lah.

    ReplyDelete
  8. woww.. nampak menarik.. macam best je.. nanti baby dah besar nak bawak gi sini lah.. hehehe

    ReplyDelete
  9. This place is so fun! I wish I cam be a kid again.

    ReplyDelete
  10. Looks fun this place, gonna share with my friends who have children :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^