Friday, June 16, 2017

Restoran Brasaria, Jaya One Hidangkan Menu dari Peru

Hai korang.

Baru-baru ini aku sempat berbuka puasa di Restoran Brasaria yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya. Restoran ini telah menarik minat aku sebab deorang ada buat promo set untuk berbuka puasa dan kat luar kedai itu ada Alpaca! haha

Restoran Brasaria merupakan restoran makanan Peru yang kalau korang cakap pasal menu dari Peru mesti sinomin dengan hidangan ayam bakar dia. Ayam dia yang segar sebab tak dikeraskan dalam peti sejuk terus diperap dan dibakar dengan arang memang patut korang cuba.

'Brasa' membawa maksud 'Bakar' dan suami-isteri yang merupakan pemilik restoran dah tambah perkatan 'ria' untuk membawa maksud gembira. Harapannya adalah untuk orang yang datang makan kat sini makan dengan rasa gembira.


Kalau korang nampak restoran ini dari luar memang colorful banyak warna betul. Mesti menarik perhatian orang yang datang kat sini. Cara susunan meja dan kerusi deorang pun aku rasa unik dan tak pernah lagi aku nampak kat mana-mana.



Pollo a la Brasa

1/4 Ayam RM 13.50
1/2 Ayam RM 23.50
Seekor ayam RM 45.00

Ayam panggang Pollo a la Brasa merupakan hidangan signature kat sini. Apa yang mereka buat adalah, mereka perap ayam ni selama satu malam, dan esok tu deorang slow cooked dalam oven arang selama 2 jam dan kalau ada orang order, then mereka akan masak balik dalam 30 minit.

Sebab mereka bakar ayam menggunakan arang, jadi ayam tu memang tak rasa kering. Masih ada jus sedap dia. Masa dapat tu memang nampak macam ayam tu tak masak sangat, tapi bila makan, ayam ni aku rasa paling sedap yang pernah aku makan.

El Sanguche "The Sandwich"

Sandwich ni pun sedap jugak. Kat dalam dia ada isi ayam Peruvian bakar tadi dengan sedikit sayuran salad, dihidangkan dengan kerepek dan sos Aji dan Salsa Criollo. Sebab porsi dia banyak, patut dikongsi dengan 2 orang. Terangkat juga makan dia.

Salchipapas

3 Pilhan Sos buatan tangan chef di Brasaria

1. Aji mild: Sos pedas-pedas biasa
2. Aji hot: Sos pilihan untuk korang yang suka pedas
3. BBQ Peruano: Pedas dia biasa-biasa saja, sesuai untuk korang yang suka sos rasa biasa


Pesto Spaghetti

Brasaria Rice

El Pollo Pie

Aku recommend korang untuk cuba pai ayam ni, walaupun sekali je korang datang sini. Sedap wei pai ayam dia. Pai dia lembut, tak keras, ayam dalam dia pun sedap, ada rasa masin sikit sebab ada sos cendawan dalam tu. Masa makan memang melayang-layang je rasa.

Peas Saltado

Latin Trio

Elote

Brasaria Slaw

Tres Leches Cake

Ini satu lagi hidangan baru kat sini yang korang perlu cuba. Pencuci mulut kek ini adalah satu kek span yang diperap dengan 3 jenis susu untuk semalaman, dan dihidangkan dengan krim dan sprinkle kat atas dia. Sedap tau, sebab rasa dia tak manis sangat dan lembut je.

Sijil pengesahan Halal supplier ayam Brasaria

Brasaria memang tak ada sijil Halal lagi sebab mereka sedang buat pemohonan lagi, tapi mereka memang tak ada hidangkan arak apa semua, dan paling penting ayam yang mereka beli itu adalah dari supplier yang ada sijil Halal. Tak percaya, pergi sana dan tengok sendiri.


Ni promo yang ada kat Brasaria kalau korang datang. Ada promosi untuk makan tengah hari semasa hari bekerja dan ada promo untuk pelajar. Berbaloi juga aku tengok set promo dia.

 


Khas untuk pembaca blog nurulzayani.blogspot.com, kalau korang tunjuk artikel blog ini dan cakap kod “POLLO ALA BRASA” semasa pembayaran, korang boleh menikmati diskaun sebanyak 15%. Kod tak boleh pakai bersama promosi yang lain.

Waktu operasi: 11.30AM - 9.00PM Setiap hari

Brasaria
D59.G, Jaya One Ground Floor,
72A Jalan Universiti, 46200 Petaling Jaya.
Contact: 03-76274626

Facebook: www.facebook.com/brasaria.my
Instagram: www.instagram.com/brasaria.my



Till then,

13 comments:

  1. Sedapnye, this place is right below my new office, gonna try it when I start work in July.

    ReplyDelete
  2. The food looks good and to be honest I won't mind trying these dishes out..

    ReplyDelete
  3. The food looks good and to be honest I won't mind trying these dishes out..

    ReplyDelete
  4. Wow! So much food...Am sure it must be a great experience.

    ReplyDelete
  5. wa so many food. all nampak sedap!

    ReplyDelete
  6. Peru cuisine sounds like an exotic meal for me as I have not been to South America. HHmm the dishes look extremely appealing, too. Need to go!

    ReplyDelete
  7. The food looks so good. Peas Saltado is my favorite from all ;)

    ReplyDelete
  8. Nampak sedap! Nak try jugak~ Selamat Hari Raya ya? <3

    ReplyDelete
  9. The Salchipapas and spaghetti look so yummy! Thanks for sharing.

    ReplyDelete
  10. All the food looks really yummy =) Food portion is quite big too!! Selamat Hari Ray!

    ReplyDelete
  11. Wahh..so much food to eat ~~oppss~just near to my office only! Gonna visit this =)

    ReplyDelete
  12. Wow! Fooooooood! The dishes look so enticing.

    ReplyDelete
  13. The food portion look big especially the sandwich. Does the price reasonable?

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^