Tuesday, August 15, 2017

Jom Cegah "3 Tinggi" dengan Anlene HEART-PLUS

Hai dan Assalamualaikum korang,

Tahu tak korang, berdasarkan data daripada Institute for Public Health (IPH) 2015, yang orang Malaysia ni banyak yang tak reti nak jaga kesihatan diri sendiri? 

→ Hampir 1 daripada 2 rakyat Malaysia ada kolesterol tinggi;
→ Hampir 1 daripada 3 ada tekanan darah tinggi;
→ Hampir 1 daripada 6 ada diabetes Jenis 2.

Mungkin ada yang fikir, "Ala, kalau sakit makan je la ubat, apa susah", memang lah, tapi takkan korang nak bergantung pada ubat sampai bila-bila. Lebih baik mencegah daripada merawat. Sebab itu Anlene keluarkan satu produk susu yang khas untuk kesihatan jantung, Anlene HEART-PLUS.


Anlene HEART-PLUS dengan nutrien plant sterol, Omega 3 (DHA & EPA) dan Kalium (Potassium). Nutrien ni mampu membantu mengurangkan kolesterol, mengekalkan tekanan darah dan membantu mengurangkan lemak triglyceride dalam darah.

Selain daripada tu, Anlene HEART-PLUS juga mengandungi Kalsium, Vitamin D dan Magnesium yang membantu mengekalkan kekuatan tulang, Protein yang membantu membaiki tisu otot dan kolagen untuk membantu pergerakan sendi.


Pelancaran Anlene HEART-PLUS: Dato' Sheila Majid, Professor Dr. Chee Kok Han (Pakar Kardiologi Hospital Universiti Malaya), Puan Megawati Suzari (Pengarah Pembangunan Produk Baru Fonterra Brands Malaysia), Karen Ong (Pengarah Pemasaran Fonterra Brands Malaysia)

Aku sempai join beberapa aktiviti menarik yang mereka anjurkan. Lagi best, kalau korang join dan habiskan apa yang dia suruh buat tu, korang akan dapat hadiah susu Anlene Concentrate UHT Milk.


Senaman tangga untuk membantu turunkan kolesterol, tekanan darah dan gula darah. Yang ini korang kena buat dalam 3-5 set. Lepas stesen tangga, ada sesi boling untuk melegakan stress. Aku dapat strike wei, padahal pakai bola dengan pin plastik je.



Selain daripada minum susu Anlene HEART-PLUS, korang juga disarankan untuk mengekalkan gaya hidup yang sihat dengan bersenam, makan makanan sihat, jaga tahap stress korang dan kekalkan berat badan yang sihat. Oh, jangan lupa dapatkan pemeriksaan kesihatan jugak tahu!

Saranan minum Anlene HEART-PLUS adalah 2 gelas sehari. Susu ini sesuai untuk orang dewasa yang berumur 19 tahun dan ke atas. 

Cara minum
1. Ambil 4 sudu susu tepung Anlene HEART-PLUS;
2. Campurkan dengan 200 ml air suam;
3. Kacau dengan rata dan sedia diminum.


Untuk maklumat lanjut tentang Anlene:
Website: www.anlene.com.my
Facebook: www.facebook.com/AnleneMalaysia


Till then, Sayangilah Jantungmu ❤




2 comments:

  1. Bila umur dekat 30, i rly need this sb nk control kolestrol, blood sugar dan diabetis..

    ReplyDelete
  2. nak kena minum balik Anlene ni nampaknya.. huhu

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^