Saturday, August 19, 2017

7 Sebab Kenapa Kena Pilih Kaio Studio di Shah Alam

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Ada yang tengah mencari khidmat jurugambar sekitar Shah Alam? Meh sini aku recommend photographer di Shah Alam yang buat studio photo-shoot, ambil gambar dan video kahwin dan segala jenis khidmat gambar yang korang cari. 

Kaio Studio and Production Sdn Bhd merupakan satu syarikat photography yang terletak di Shah Alam yang memberikan servis fotografi dan videografi untuk studio photoshoot, photoshoot & video perkahwinan, video korporat, muzik video, video pendek dan banyak lagi.


Kaio Studio diasaskan oleh Anwar Abdullah yang merupakan jurugambar perkahwinan sejak dari tahun 2012 dengan modal sebanyak RM 5000 sahaja tau! Awesome. Lagi awesome duit modal tu dia dapat dari hasil simpanan seLama jadi pemandu pelancong sebelum ni.


7 Sebab Kenapa Korang Kena Pilih Kaio Studio

1. Pengalaman Mengambil Video Perkahwinan

Kaio Studio ada banyak pengalaman dalam servis wedding photography dan wedding videography. Antara artis yang pernah menggunakan khidmat Kaio Studio adalah Shahiezy Sam & Syatilla Melvin, Saharul Ridzwan & Deena Amir, Syukri Yahya, Ainan Tasneem dan ramai lagi.

Patut la masa video Shahiezy Sam & Syatilla Melvin aku tengok cantik gila. Video pun ada jalan cerita bukan kosong takat nak rakam video je. Korang boleh tengok contoh video kat bawah.


2. Pengalaman Mengambil Gambar Perkahwinan

Kalau dah ada banyak pengalaman ambil video, ambil gambarnya mesti la lagi banyak kan. Aku suka dengan editing dan angle gambar yang deorang ambil. Walau kahwin kat tempat kecik, atau make-up nampak tak lawa, tapi kalau photog pandai ambil gambar, akan jadi lawa.

Gambar dari phographer Shah Alam, Kaio Studio.

3. Pengalaman Mengambil Gambar Studio

Aku sendiri datang ke studio mereka di Seksyen 13 Ahah Alam untuk merasai sendiri pengalaman ambil gambar kat studio mereka. Sebenarnya ni kali pertama aku ambil gambar studio dan of course aku rasa sangat awkward sebab aku bukan photogenic.

Thanks to the photographer dan staff mereka yang friendly, guide aku untuk pose yang aku selesa. Yang paling best, hasil gambar pun cantik wei. Credit to kak Rosniza sebab sudi make-upkan saya (IG: makeupbyrosnizarose).

 


4. Pengalaman dalam Servis Rekaan Grafik seperti Poster

Selain mengambil gambar, deorang pun ada servis edit gambar dengan kesan grafik khas. Poster jangan cakap lah, belambak dah deorang design. Semua aku tengok kreatif belaka. Walaupun simple, tapi korang boleh nampak mesej tu sampai.

Menunjukkan yang deorang ni design ikut dengan mengikut kehendak pelanggan, kalau korang tempah nak design poster ke banner ke apa ke, deorang bukan saja akan bagi 1 option design, tapi banyak. Deorang siap kasi idea lagi tau.


5. Kaio Studio Merupakan Duta ONSMO

ONSMO merupakan jenama sistem pengcahayaan fotografi yang terkenal dalam kalangan photographer. Kalau pandai pasal camera, mesti tahu pasal jenama ni. Antara jurugambar Malaysia yang jadi duta ONSMO jugak adalah Eddie Putera, Alex Tan dan Saiful Nang.


6. Banyak Kejayaan yang Dikecapi oleh Kaio Studio

Kaio Studio pernah memenangi pertandingan Most Glam Fashion Videographer by Glam Magazine yang melayakkan mereka untuk dapat tugasan ambil gambar untuk majalah tu. Korang boleh tengok video pertandingan tu kat youtube LINK: https://youtu.be/LeyhYNQ56AE

7. Kaio Studio Tak Lokek Ilmu

Walaupun deorang jurugambar yang nak cari rezeki, tapi deorang tak berkira untuk berkongsi ilmu fotografi dan videografi yang deorang ada dengan orang lain sebab deorang yakin, ilmu tu sampai bila pun takkan habis sebab tu deorang selalu buat sharing session dengan pelajar MSU.


Amacam? Cukup dah kan 7 sebab kenapa korang kena pilih Kaio Studio di Shah Alam untuk menjadi pilihan korang tak kisahkan untuk hari perkahwinan atau servis photography. Jangan lupa contact Kaio Studio sebab dengar cerita deorang selalu buat promo.


Kaio Studio
1-06 Metia Residence Office, No 5, 
Persiaran Sukan, Seksyen 13, 
40100 Shah Alam, Selangor.
Contact: 0172360967

Email: kaiocreativestudio@gmail.com
Website: www.kaiostudio.com
Facebook: www.facebook.com/kaiocreativestudio


Till then,

14 comments:

  1. Wow, I must say, its very inspirational that En. Anwar Abdullah has achieved all this from RM5k investment! And yang penting, tak kedekut ilmu walaupun dah successful. Sebab tu la rezeki akan datang bertubi-tubi!

    Love,
    Adriana
    http://www.adrianathani.com

    ReplyDelete
  2. wahhh..malang sungguh dah kawen...
    hahaha..

    tapi mungkin 1 hari nanti boleh foto shoot untuk gambar blog..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Haritu ada orang buat photoshoot sambut anniversary. Lawa gak siap pakai baju pegantin :D

      Delete
  3. Do they provide make up artist for make up and hairdo as well, and what about the dresses? Do we bring our own? Keen to go for a shoot lah.

    ReplyDelete
  4. You looks so pretty! Is the studio open for an hourly shorterm rental?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aww thank you. They only offer photography service :)

      Delete
  5. Looks fun and interesting. I wish there's a choice to translate though. :)

    ReplyDelete
  6. A good photographer take good photos, keep best memories in life. Photos really is the best way to keep all the memories , which you may show it to grandchildren when you old.

    ReplyDelete
  7. Seronoknya nampak. Gambar dia pun cantik cantik!

    ReplyDelete
  8. I want to visit also for a photoshoot...one fine day I guess

    ReplyDelete
  9. Nice photos! Still have many options too choose.

    ReplyDelete
  10. so now i have another option for my clients now.. thanks for sharing babe!! - Racheal

    ReplyDelete
    Replies
    1. Very recommended especially if stay near Shah Alam area.

      Delete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^