Monday, November 13, 2017

Review Buku: The Three Village Boys dari Liza Mydin

Hello dan selamat sejahtera korang,

Aku berpeluang untuk menghadiri sesi pelancaran buku kisah kanak-kanak oleh penulis berbakat, Dr. Liza Mydin yang berjudul "The Three Village Boys". Sinopsis dan review tantang buku cerita ini ada di bawah. 

Ini merupakan buku cerita kanak-kanak pertama yang dikarang oleh Dr. Liza Mydin yang didedikasikan kepada 3 orang anak beliau. Beliau sebelum ini merupakan penulis untuk buku-buku bertemakan ekonomi dan kewangan.
 


Penulis buku The Three Village Boys, Dr. Liza Mydin

Nama Liza Mydin memang tak asing lagi dalam dunia kewangan. Pemegang PhD dari International Centre for Education in Islamic Finance (INCEIF) ini merupakan bekas Naib Pengerusi Compliance untuk bank Al Rajhi Malaysia dan sekarang merupakan Head of Research & Advisory di sebuah bank Islamic di sini.

Pernah menjadi penulis bersama untuk beberapa buah buku seperti Reformation and Development in the Muslim World bersama dengan penulis Palgrave Macmillan, menulis buku bukanlah satu perkara yang asing bagi beliau.


Storytelling session dari talented storyteller Shena dan AwanBusker.

SINOPSIS
The Three Village Boys dari Liza Mydin

Buku cerita kanak-kanak The Three Village Boys menceritakan tentang 3 sahabat, Youssef, Zayyed dan Omar yang tinggal di kampung bernama Al-Haidar. Deorang ni kawan daripada kecik dan selalu bermain bersama-sama setiap hari.

Satu hari, deorang teringin nak tahu tentang kampung lain punya kehidupan, jadi deorang plan dan ambil keputusan untuk mengembara ke 3 kampung terdekat. Jadi setiap seorang deorang pergi ke setiap kampung yang berbeza untuk lihat cara hidup orang kampung lain tu.

Masa ni la budak-budak nampak cara hidup setiap kampung tak sama dengan yang lain dan deorang pelik kenapa lain sangat padahal kampung tu sebelah sesama sendiri je.


 REVIEW

Aku suka sangat dengan jalan cerita yang simple yang penulis bawa dalam buku ni. Jalan cerita dia lebih mudah nak ikut dan dipecahkan dalam beberapa bab yang berbeza, senang untuk budak-budak nak faham dan ikut.

Aku juga suka dengan penggunaan bahasa dan perkataan yang simple dan tak terlalu bombastic. Sesuai untuk kanak-kanak yang baru belajar faham bahasa English dan yang nak membesar untuk tahu isi cerita ni.

Nilai iktibar dalam buku ini sesuai dengan keadaan zaman sekarang. Buku cerita ini tekankan betapa pentingnya untuk menjadi seseorang yang bijak, berilmu dan membuat baik kepada orang lain demi kehidupan yang lebih baik.


Buku The Three Village Boys, hard-cover ini sesuai untuk kanak-kanak dan ada total 26 muka surat. Korang yang berminat, boleh dapatkan buku ini secara dalam talian di www.thetvb.com dengan harga RM35.90 senaskah.


Happy reading people,

12 comments:

  1. sometimes i really feel story tellers like these are super talented. To be able to capture an audience' attention for a long span of time is no easy feat I tell you.

    ReplyDelete
  2. What is this book about? Looks interesting but hope it's in English though.

    ReplyDelete
  3. Oh looks like a great opportunity. The Three Village Boys sounds interesting book for children. Will check this out.

    ReplyDelete
  4. This will make a great book to have for Christmas! Am having a gift exchange for one of the fb mommy groups I'm in lolx

    ReplyDelete
  5. These books look interesting. Might get for my kids to read.

    ReplyDelete
  6. Haven't read this book yet. Will check it out real soon tho.

    ReplyDelete
  7. Such a pretty author.. and the book looks interesting.. must get one for my daughter

    ReplyDelete
  8. Even though I am an adult and have no kids, I feel like I need to read this book as well, based on your synopsis. It has a very interesting story line.

    ReplyDelete
  9. intereting book! time to be story teller again. Love this!

    racheal_foodilifecious

    ReplyDelete
  10. This definitely an interesting book for kids, gonna check it out to use for my kids art class then. Cheers, siennylovesdrawing

    ReplyDelete
  11. Love this! probably not suitable for my boy yet, but it'll be good for my nephew and niece!

    ReplyDelete
  12. Interesting book story line, I think my nephew will like this :)

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^