Tuesday, November 14, 2017

Pengalaman Pertama Kali ke Tournament Dota 2: ESL One Genting 2017

Assalamualaikun dan Hai korang,

14 November, hari ulang tahun kelahiran aku, dan bila fikir balik, dalam banyak benda yang best berlaku kat aku tahun ni, pengalaman aku ke Tournament Dota 2: ESL One Genting 2017 adalah yang paling manis.

Rasa macam rugi pulak kalau tak tulis pengalaman pertama kali tengok tournament Dota 2. Untuk pengetahuan, semasa berlangsungnya ESL One Genting 2017 pada Januari 2017 lepas, aku telah dapat pass esklusif media untuk buat coverage pasal  ESL One Genting 2017. 

Aku nak ucapkan ribuan terima kasih kepada Resorts World Genting, sebab taja penginapan dan makan aku dan suami sepanjang berlangsungnya ESL One Genting 2017, dan juga kepada Tonton.MY kerana sponsor tiket VVIP.

ESL One Genting 2017
Lokasi: Arena of Stars, Resorts World Genting, Malaysia.
Tarikh: 6-8 Januari 2017.
Jumlah pasukan: 8 pasukan.



Resorts World Genting (RWG) Hotel Taraf Antarabangsa

Suka betul aku bila dapat tahu yang ESL One pada tahun ni buat kat RWG. Pilihan yang tepat sangat sebab RWG boleh dikatakan satu lokasi yang eksklusif sebab di tanah tinggi.

Bilik hotel kat sini ada banyak jenis, harga pun banyak pilihan dari yang murah dan kalau mampu boleh amik yang besar sikit dan yang pastinya takkan ada masalah tak cukup tempat penginapan sebab RWG merupakan line hotel terbesar di Asia.

Untuk orang yang datang sebagai penonton macam aku, dapat bilik biasa kat First World Hotel pun dah memadai. Bilik bersih, cozy dan cukup besar dah untuk 2 orang nak tidur. Boleh mintak non-smoking floor lagi pulak tu. Apa lagi yang korang nak kan?


Goodies Best!

Yang datang dengan tiket VIP atau VVIP akan dapat ruang khas untuk korang duduk semasa tournament. Kat ruang ni korang boleh dapatkan minuman unlimited dan goodie bag yang penuh dengan benda best. Best gila!

Dalam goodies ni ada T-Shirt eksklusif ESL One Genting 2017, lanyard ESL One Genting, Power Bank dan cable, Mouse Pad eksklusif ESL One Genting 2017, keychain MSi Gaming, pin insignia logo ESL One Genting 2017, RBG key untuk keyboard logo ESL, baucar makan selama 2 hari di restoran terpilih di SkyAvenue.


Syurga Makanan

Datang sini korang jangan risau pasal lapar sebab ada banyak gila kedai, kafe dan restoran makan yang korang boleh pergi. Restoran Halal pun ada. Antara pilihan aku adalah Burger & Lobster, Motorino, Bubbles & Bites atau boleh makan buffet di Coffee Terrace.

Refer sini untuk list restoran Halal di Resorts World Genting:
1. Restoran Makanan Halal di SkyAvenue, Genting Highland.
2. Makan Lobster di Burger & Lobster, SkyAvenue Genting Highland.
3. Motorino Pizza, SkyAvenue.

Arena of Stars (AOS)

Selama ni nampak dalam TV je AOS ni digunakan untuk konsert dan majlis penganugerahan dan sekarang dah pakai untuk kegunaan majlis antarabangsa. Ruang AOS memang besat sangat dan nampak eksklusif.

AOS best sebab bersih dan kemudahan dia dia seperti kerusi dan tandas terjaga. Takde pun rosak sebab vandalisma atau paip bocor ke. Itu lagi membuatkan aku bangga AOS jadi pilihan ESL One.


Gambar ni masa hari pertama. Kalau hari terakhir memang penuh, nak ambil gambar pun susah.

Jumpa Ramai Player Dota 2 yang Best

Untuk tournament kali ni ada dalam 8 pasukan. Ada team Fnatic, Digital Chaos, Newbee, WG Unity, Virtus.pro, Team NP, Wings Gaming dan Execration.

Selama ni nampak deorang main dalam game aje kan, tanpa tahu macam mana personaliti deorang. Baru kalini ada peluang nak borak dengan deorang. Best tau dapat jumpa dan berborak dengan pro players ni.

Masa ni la baru kita nampak macam mana personaliti mereka dalam melayan fans deorang. Ada team yang layan dan friendly macam Digital Chaos dan Virtus.pro dan ada team yang sombong atau deorang tengah tak ada mood nak layan. Haha

 
Resolut1on dari team DC. Player paling ramah.

 
w33 dari team DC.

Dari kiri: Aui_2000 dan MSS dari team NP.

Dari kiri: RAMZES666 dan Solo dari team Virtus.pro

Signing Session

Lagi best bila dapat jumpa player pro ni secara dekat, boleh la mintak tanda tangan deorang untuk kenang-kenangan. Boleh la nanti letak dalam frame dan display kat bilik game kan. Baru la masa nak main Dota 2 rasa lebih bersemangat.


Jumpa Personaliti Dota 2

Datang event macam ni mesti ada ramai personaliti Dota 2 yang join kan. Antara influencer yang ada di ESL One Genting 2017 adalah Redeye, Eri, Purge, Tobiwan, Maelk. Merlini, Odipixel, Godz, Capitalist dan SirActionSlacks.

Suka betul aku dapat tengok macam mana deorang cast game secara live depan mata. Nampak macam mana deorang kusyuk nak castkan game tu dengan ramai orang dalam AOS tu. Dengan bising sorakan orang lagi, nak fokus lagi. Phew, respect!

Dari kiri: Tobiwan dan Purge.

 
Dari kiri: SirActionSlacks dan Xyclopz.

Dapat Kenal dengan Ramai Orang

Siapa tahu kita boleh buat networking baru dengan orang-orang yang kita jumpa kat event macam ni kan. Event besar macam ni menggabungkan ramai orang daripada pihak media, influencer, player dan peminat Dota 2.

Masa ni lah korang akan jumpa orang yang korang tak pernah kenal, tapi pengetahuan deorang pasal Dota 2 dan cara mereka analisa satu game tu sangat best. Contoh: Boleh tengok instagram @dota2onthego. Talent gila budak ni.




Tahniah kepada pasukan Digital Chaos untuk rooster ESL One Genting 2017 yang terdiri daripada Resolut1on, w33, MoonMeander, MiSeRy dan Saksa sebab berjaya memenangi tournament pertama korang! Korang memang terbaik.
 
Gambar kecil: Yay! Dapat tandatangan satu team DC.

Korang boleh tengok video tentang sedutan semasa aku di ESL One Genting 2017 dan moment kemenangan Digital Chaos (DC) di video kat bawah.



Entry berkaitan: Digital Chaos Juara Dota 2 ESL One Genting 2017

Till then,

18 comments:

  1. Wah! Tengok pun dah seronok, orang yang merasa lagi lah syok kan!

    ReplyDelete
  2. wahh.. bestnya yani dapat pengalaman macam ni.. meriah giler..

    ReplyDelete
  3. Pernah taw pasal dota tapi xpernah main gamesni.. Seronok bila dapat berkumpul dengan org hebat pasal dota ni..

    ReplyDelete
  4. tinggi2 nya mat salleh tu..hehehe seronok tgk ada pengalaman join program mcm ni..tahniah bt team digital Chaos atas kejayaan mereka..

    ReplyDelete
  5. Husband and wife minat benda yg sama akak pun x faham dota ni game macam mana..pada yg minat aje la yg tau kan...tahniah zayani and husband

    ReplyDelete
  6. wahhhh 1st time nampak girl yang main dota. tahniah! fuhhh nampak happening jugak eh.. next nak join la kalau mcm tu.

    ReplyDelete
  7. Wah seronoknya. Dah memang jiwa awak lagi best la dapaat jumpa pemain2 Dota tu. Btw, internet kene power la nak layan Dota. Hehe.

    ReplyDelete
  8. wow baru jumpa orang perempuan minat dota! tahniah2, mesti best jumpa orang-orang hebat kan :D

    ReplyDelete
  9. Wowww memang event tak boleh dilepaskan ni bagi gamers tegar! Haha. Nampak happening juga tu!

    ReplyDelete
  10. Seronoknya dapat tgk live. Anak2 akak minat juga dota nk. Dorang selalu tgk juga, dulu xfaham dota tu apa hahaha

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  11. meriahnya. teringin nak tengok juga tapi tak berkesempatan lagi.

    ReplyDelete
  12. teringat kt sorg member ni. dia pun kaki dota jugak and once i pernah tgk dota tournament tp kt telly je lah hehehe price diorg memang best and akan meningkat setiap tournament kan

    ReplyDelete
  13. Bestnyaaa! Tapi dah terlambat untuk ruby dan suami menceburi tournament. Kami main game kat rumah aje. Pastu jaga anak. Wakaka. Good luck zayani! Teruskan! Teruskan k!

    ReplyDelete
  14. Pengalaman yang best untuk you... banyak mat salleh.. haha~

    ReplyDelete
  15. Happening sungguh. Tapi serius kinah tak kenal game dota ni. Main pun tak pernah. Ketinggalan betul. Apa apa pun tahniah pada team Digital Chaos

    ReplyDelete
  16. Pergh Kinah ni player DOTA rupanya..mesti power. Mesti best dpt sponsor stay di RWG hotel - JMR23

    ReplyDelete
  17. Sis mmg tak tahu n tak pernah pun main permainan ni..makcik2 manalah tahu game2 baru mcm ni..hehehe. Apa2 pun teruskan minat korang berdua

    ReplyDelete
  18. Wow such a great experience at this international event.

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^