Tuesday, December 12, 2017

Sambut Birthday Style Picnic di Taman Tasik Titiwangsa

Hai dan Assalamualaikum korang,

Alhamdullilah, dah 24 tahun aku hidup kat dunia ni. Banyak ilmu dan perngajaran hidup yang aku dapat selama 24 tahun. Alhamdullilah jugak aku dah bernikah dengan lelaki pilihan hati selama 2 tahun lebih :D

Suami aku, Faeez bukanlah seorang lelaki yang pandai cakap atau buat benda yang romantik. Kadang-kadang benda yang dia nak surprise tu aku dah dapat hidu dan tahu apa yang dia nak buat.

Tapi, baru-baru ni masa sambut birthday aku, suami berjaya buat surprise dengan membawa aku ber-picnic secara romantis di Taman Tasik Titiwangsa. 


Memang dari masa sebelum kahwin kami suka lepak kat luar, kadang-kadang keluar untuk minum je, tapi masa tu la waktu untuk kami lepak berdua berborak dan habit tu kami kekalkan sampai kahwin.

Best tau dapat lepak kat luar, walaupun kami jumpa kat rumah tiap-tiap hari. Feeling kat rumah tak sama dengan feeling di luar.


Memang aku dah lama ajak suami untuk berkelah. Saja suka nak chillkan minda sebab tu aku terkejut dan memang tak jangka dia akan bawa aku picnic kat sini, waktu malam pulak tu, siap set-up tempat nak picnip, dengan lilin bagai dan berbelakangkan KLCC pulak tu.

 

Walaupun berkelah ni bukan lah dia set-up sendiri dan hire orang, aku nampak la usaha dia nak surprisekan aku dan suami memang berjaya. Terkejut betul aku bila masuk je nampak ada tempat banyak-banyak lilin.

Ada sandwich telur, ada anggur (fav buah kami), ada air oren dan tak lupa ada kek. Tahun ni kek kecik je sebab kebetulan banyak pulak event dan review kek yang aku dapat.



Jujur cakap, agak segan la duduk macam tu, malam-malam kat Taman Tasik Titiwangsa. Ramai orang lalu lalang tengok kami berdua. Sure deorang ingat pakwe dengan makwe tengah dating. 

Ada satu kumpulan budak tu siap nyanyi lagu 'Happy Birthday' lagi. Tapi aku takde la segan sangat sebab aku duduk menghadap tasik dan KLCC.


Habis picnic, sebelum balik tu nampak ada orang main basikal, makanya kami sewa basikal elektrik dengan kadar bayaran RM30 untuk 30 minit. Saja nak ambik angin malam sebelum balik.

Overall, aku memang enjoy malam tu walaupun kejap je. Tak mintak apa dah, asalkan happy je. Thank you husband :)

With love,

26 comments:

  1. Macam dlm drama surprise nye. Bertuah awak! Happy Birthday , Zayani. I wish you happy always.

    ReplyDelete
  2. Romantic husband! That's a great setup. You must be touched

    ReplyDelete
  3. OMG! I love the decoration, so wonderful. This Titiwangsa Lake Garden is truly perfect place for Birthday Celebration.

    ReplyDelete
  4. Happy birthday! Your hubbie is so romantic and perfectly knows how to pamper you! Wishing you more luck and many birthdays to come :)

    ReplyDelete
  5. This is so sweet and romantic. Dah tak ramai yang nak buat sambutan begini - yang ada tu siap sewa limo bagai hahahha

    ReplyDelete
  6. Sweet sangat ok. bertuah sangat dapat suami macam tu. hehe. Semoga sentiasa bahagia <3

    ReplyDelete
  7. Happy birthday to you, Zayani. What a really romantic birthday celebration you had outdoors. Thankfully the weather cooperated!

    ReplyDelete
  8. So sweet banget :D
    Mana pemandangannya mendukung banget buat waktunya :D Wish u the best :)

    ReplyDelete
  9. Wow mmg first time tengok piknik masa malam. Mesti experience special.
    Your hubby mmg effort byk & ada talent, deco cantik sangat tu. Stay sweet k?

    xx
    Puiyeesss

    ReplyDelete
  10. HB sis...walaupun agak terlewat K.Sal wish...moga bahagia till jannah...manis sgt sambutan ni...huhuhu

    ReplyDelete
  11. selamat hari lahir zayani.. wahhh sweet nya suami rancang suprise tu.. semoga berbahagia ke akhir jannah ya..

    ReplyDelete
  12. Wah so sweet n romantic..
    Husben kita bab3 romantik ni mmg ke laut dalam sgt..kahkah

    ReplyDelete
  13. Happy belated Birthday... Nampak majlis ni sangat meriah sekali, suasana nampak begitu romantik sekali

    ReplyDelete
  14. Oh, dah boleh hidu ek... Kena ajar Faeez nie buat kejutan dalam kejutan nie...

    ReplyDelete
  15. alhamdulillah, happy birthday. insyaALLAH till jannah. muda lagilah 24 tahun :)

    yanmieonline.com

    ReplyDelete
  16. Happy Birthday! Bertuahlah badan ada kejutan, tanda kasih sayang tu.
    Cantiknya pemandangan kotaraya dimalam hari. Kuala Lumpur kota metropolitan.

    ReplyDelete
  17. Sweet tahap diabetes sungguh. Bernas juga picnic waktu malam, takdelah hitam legam.

    ReplyDelete
  18. cantiknya setting!! love it! Happy birthday btw! tapi x panas ke?

    ReplyDelete
  19. Ala sweetnya! Cantik la zayani ni lembut je muka sejuk hati tengok hee

    ReplyDelete
  20. wahhhh best sangat dan romantik..

    ReplyDelete
  21. Happy Belated Birthday dear!! This is so sweeeeet laaa, the view and the settings is so pretty!! I bet you have a great time celebrating your birthday =)

    ReplyDelete
  22. Happy birthday to you. May both of you stay sweet. He so romantic.

    ReplyDelete
  23. Happy birthday to you.. dapat husband macam ni kena simpan baik baik... hahahaha

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^