Monday, January 8, 2018

Anmum Materna: Susu Formula Ibu Hamil yang Tiada Gula Tambahan, Kurang Lemak & Probiotik DR10

Hello dan salam sejahtera korang,

Baru-baru ini saya berkesempatan untuk ke majlis pelancaran susu formula untuk ibu yang hamil, Anmum Materna yang merupakan syarikat yang pertama di Malaysia yang melancarkan susu tanpa gula tambahan, kurang lemak dan mengandungi probiotik DR10.

Kehamilan merupakan satu proses yang sangat luar biasa yang dialami oleh ibu hamil, bayi dalam kamdungan, malah bapa itu sendiri.

Daripada wanita yang akan membiasakan diri dengan perubahan bentuk badan semasa kehamilan, sampailah kepada proses tumbesaran bayi yang dari sekumpulan sel sampai membentuk menjadi bayi comel semua memang sangat amazing.



Formula baru dalam Anmum Materna sangat sesuai dengan perubahan gaya hidup orang sekarang. Formula ini kini dengan Mind-Q Connect yang akan memberikan nutrien penting semasa kehamilan dan ini termasuklah Folate dan Kalsium yang sangat penting semasa kehamilan.

Memahami perubahan berat yang mendadak kepada ibu hamil, Amnum Materna kini juga dengan tanpa gula tambahan, kurang lemak dan merupakan susu formula yang paling rendah kandungan kalori berbanding yang lain.

Sesi perbincangan oleh Dr. Raman Subramaniam, Consultant Obstetrics & Gynaecology di Fetal Medicine and Gynaecology Center, Ms Leong Lih Mei, Nutritionist di Fonterra Brands Malaysia, pelakon dan pengacara Jihan Muse dan penyampai radio dan pengacara, Ng Kar Yoon.



Dari kiri: Dr. Raman Subramaniam, Ms Leong Lih Mei, Jihan Muse, Ng Kar Yoon.

 

Banyak aktiviti menarik yang diadakan sepanjang pelancaran Anmum Materna, susu formula untuk ibu-ibu mengandung. Aktiviti ini memberi peluang untuk kita merasa pengalaman dan mengetahui fakta menarik tentang kehamilan dan bayi dalam kandungan.


Diatas menunjukkan contoh berat janin dalam perut ibu hamil mengikut minggu. Boleh la tengok sebagai contoh bila nak fikir pasal bayi tu sepatutnya berat mana. Bila bayi 9 bulan, berat dia dah lebih kurang macam tembikai. Menarik info ni.

 

Tahu tak korang kenapa ibu hamil naik berat yang banyak? Salah satu sebabnya adalah kerana jumlah darah dalam badan ibu hamil meningkat sebanyak 30-50 %, lebih kurang dalam 1.2 hingga 2 liter bagi membekalkan oksigen dan nutrien yang diperlukan oleh bayi.


Saya juga merasa pengalaman macam mana nak mengangkat bakul pakaian semasa hamil dengan perut besar seberat 3kg dan 5kg . Jujur cakap, walaupun pakai beg tipu-tipu je, nak tunduk memang susah. Suami, jangan segan untuk tolong isteri hamil ya.


Suami saya juga excited nak rasa pengalaman dan tahu info tentang bayi. Tahu tak korang, degupan jantung dan nadi bayi adalah 2 kali ganda daripada degupan jantung si ibu? Sebab tu, normal walau ada heart rate sampai 122bpm tu.


Jumpa mommy blogger, Yuyu Zulaikha. Ibu kepada 2 orang anak lelaki.


Susu ibu-ibu hamil tanpa gula tambahan, kurang lemak dan kaya dengan probiotik DR10 datang dalam 2 packaging. Ada dalam kotak dan ada yang dalam paket. Saya prefer peket sebab lebih judah tak perlu nak sukat-sukat dah. Tinggal tambah air je.

Harga Anmum Materna dalam beg 7 paket 
(36g sepeket original dan 42g sepeket perisa coklat)
RM19.90

Harga Anmum Materna dalam kotak 650g
(Pilihan perisa original dan coklat)
RM42.00



Kalau hamil nanti, InshaAllah Anmum Materna jadi pilihan sebab susu formula ni walaupun tiada gula tambahan, tapi masih lagi sedap. Suami pun boleh berebut macam ni.


Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^