Monday, January 22, 2018

Dota 2: ESL One Genting Kembali ke Resorts World Genting untuk Tahun Kedua

 Hai korang,

Sebagai pencinta e-sukan (e-sports) terutamanya Dota 2, excited sangat nak kongsikan dengan korang yang sekali lagi Resorts World Genting (RWG) menjadi host untuk pertandingan minor Dota 2, ESL One Genting 2018.

Bersama dengan ESL, syarikat terbesar e-sukan didunia, pertandingan ESL One Genting 2018 akan diadakan dilokasi yag sama seperti tahun lepas, the Arena of Stars, Resorts World Genting pada 23-28 Januari 2018.

Sebanyak 16 pasukan akan berentap bagi merebut gelaran juara ESL One Genting 2018, wang tunai terkumpul sebanyak $US4000,000 dan seterusnya 400 mata untuk melayakkan diri ke pertandingan major Dota 2, The International 2018.


Sidang media ESL One Genting 2018 dihadiri oleh (sebelah kiri) Mr Kevin Tan, Vice President of Promotions & Entertainment dari Resorts World Genting dan (sebelah kanan) Mr. Frank Sliwka, Chief Operating Officer di ESL Asia.

Tahniah diucapkan kepada ESL One Genting 2017 kerana telah memenangi 'the Best Esports Event of the Year' pada Spia Asia- Asia's Sports Industry Awards & Conference pada tahun lepas. Semoga tahun 2018 punya lagi berjaya daripada tahun lepas.

Semoga kerjasama antara Resorts World Genting dan ESL One akan terus berkembang demi membangunkan industri e-sukan kepada Malaysia. Siapa cakap main game tak boleh buat duit?


16 Pasukan yang telah berjaya melayakkan diri ke ESL One Genting 2018 adalah:

(1) Virtus Pro, (2) Team Liquid, (3) Newbee, (4) Mineski, (5) Evil Geniuses, (6) Team Secret, (7) Vici Gaming, (8) Fnatic, (9) LGD, (10) VGJ. Thunder, (11) Complexity, (12) SG e-sports, (13) Penta Sports, (14) Planet Dog,  (15) Natus Vincere dan (16) TNC Pro Team. 


Persaingan peringkat kumpulan akan bermula pada 23-25 Januari 2018. Tiket boleh dibeli degan harga RM20 untuk ke tiga hari peringkat kumpulan.


Saya penyokong setia Dendi sejak memula main Dota 2, 3 tahun lepas, makanya saya sokong Na'Vi. Korang pulak sokong pasukan mana? 

Jangan lupa tonton dan sertai kehangatan tournament minor rasmi Dota 2 yang ketiga pada tahun 2018 di Resorts World Genting. Tiket boleh didapati di link: en.esl-one.com/dota2/genting-2018/tickets

Till then,

19 comments:

  1. Tak tahu nak sokong apa sebab tak pernah tahu game ni main camana 😂 depa main camana?

    ReplyDelete
  2. Alaa, tak tahu sangat benda macam ni. 😅

    ReplyDelete
  3. Dota ni tahu sejak zaman uni. Macam-macam kisah lah dengar budak lelaki ni punya leka main dota. Seb suami akak tak join, tapi ada tanya dia kata kena main di komputer ya. Lumayan sungguh hadiahnya. Eh, alang-alang pasal Genting ni kan, dah takde ke tempat mainan kat situ? My sil la bagitau dia pergi haritu tak jumpa.

    ReplyDelete
  4. Bagusnya zayani bab gaming ni pun dia layan, haha. Blh main game sekali dgn husband. Hobi bersama gitu

    ReplyDelete
  5. wah, jarang jumpa perempuan minat main DOTA. hehe

    ReplyDelete
  6. wah.. Dota 2 yang ketiga? ala.. TB tak pandai bab-bab n Dota ni.. huhuhu.. tapi memang kagum dapat kenal seorang yang femes dengan Dota ni.. Yani la.. hehe.. Yani join tak kali ni?

    ReplyDelete
  7. Alamak...banyaknya perubahan yang berlaku di Genting. Patutlah ramai muda-mudi suka ke Genting untuk pelbagai permainan menarik ini. Balik semenanjung kena turun Genting la.

    ReplyDelete
  8. Rindu zaman tournament gini. Enjoy k. Suka tengok watak cosplay tu. hehehe

    ReplyDelete
  9. Pencinta dota kena pergi dan tonton tournament dota ni. Harga tiket pun tak mahal pun tu. Good luck to all team yang bertanding.

    ReplyDelete
  10. Tak tau nak sokong mana sbb tak kenal pemain2 dota.. Sbb tak pernah main hehe.. Tp mmg hot kan games ni.. Sana sini story ttg dota..

    ReplyDelete
  11. Great to hv this kind of event... Must be very entertaining..

    ReplyDelete
  12. teringin nak main DoTA.... Teringin nak ada team dan sertai mana2 tournament... Tapi... Tapi... tunggu la ada internet berkelajuan tinggi sendiri.. Sekarnag nie, masih menumpang jiran sebelah

    ReplyDelete
  13. Wow !! Dota 2, banyak jugak kumpulan yang masuk bertanding, boleh try tengok ni

    ReplyDelete
  14. Tak tahu main Dota ni cam mana...ketinggalan betul sis ni kan? hehehe tapi rasanya umur2 sis ni tak sesuai dah nak main2 macam ni..:D

    ReplyDelete
  15. Bagusnya bila jadi gamers tegar gini sebab sekarang gamers memang buat duit kan. Rawlins bukan seorang gamer tapi suka main game kat enset. haha.

    ReplyDelete
  16. Macam best... dulu i pun ada main Dota tapi dah lama tak main.. hahahahaha..

    ReplyDelete
  17. Alamak..bab2 dota ni kita tak pernah tau..tpi x sangka pulak ramai peminat ye

    ReplyDelete
  18. game ni diorang tunjuk lawan live kat tv kan ? akak x sure tapi sepupu gigih tengok sambil jerit2.. i is tak faham cara main so tengok macam gitu jela..

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^