Tuesday, January 2, 2018

Pengalaman Pertama Kali Makan & Rasa Telur Belangkas

Assalamualaikum dan salam sejahtera korang,

Sempena dengan Karnival Pelancongan Desa Zon Sedili, Johor 2017, saya telah dijemput oleh pihak Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dan Lembaga Kemajuan Johor Tenggara (KEJORA) untuk melawat ke Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas di Sedili Kecil.

Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas ini merupakan hasil kerjasama diantara KEJORA dengan Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Johor melalui Persatuan Nelayan Kawasan (PNK) Sedili untuk membangunkan pusat ternakan dan penetasan belangkas di Sedili Kecil.



Pertama kali saya datang sini. Tak sangka kat Malaysia ada juga pusat ternakan belangkas. Memandangkan belangkas merupakan spesis haiwan eksotik yang semakin pupus, maka Kementerian Pertanian dan Asas Tani menggalakkan penternakan belangkas di negara kita.

Belangkas, dalam nama Englishnya: horseshoecrab atau nama saintifiknya 'tachypleus gigas' merupakan satu spesies unik yang telah wujud lebih 200 juta tahun yang mendahului dinosaur dengan fosil tertua kira-kira 475 juta tahun dan masih wujud lagi pada zaman sekarang.


Cara nak tengok mana belangkas jantan dan betina senang je. Cuma perhatikan dari jejari kaki dia. Selalunya kalau yang jantan jejari dia lebih besar, manakala yang betina kecil je. Lagi satu cara nak tahu dia, tengok masa dia tengah melekat tu. Jantan selalunya dibelakang.


Teringat lagi saya masa kecik-kecik dulu, kat rumah opah saya ada gantung kerang belangkas ni kat dinding. Masa tu kecil lagi, jadi tak ade lah berminat sangat nak tahu tentang belangkas ni. Bila dah dewasa baru tahu, banyak gila kelebihan dan manfaat kesihatan belangkas ni.

Tahu tak korang, yang belangkas darahnya berwarna biru. Kegunaan dan keperluan darah belangkas adalah sangat popular dalam bidang perubatan di  Eropah, Amerika Syarikat, Jepun dan Asia Barat kerana sifatnya yang boleh digunakan untuk mengesan virus, bakteria dan toksin.


Tak pernah terfikir untuk tengok dan pegang belangkas, apatah lagi nak makan telur belangkas. Satu pengalaman baru untuk saya. Bertuah juga rasanya dapat peluang makan telur belangkas ni.

Rasa telur belangkas macam mana?

Bagi saya, telur dia tak ada rasa apa-apa sangat, tapi tekstur telur dia agak kenyal bila mengunyah, tak meletup-letup macam telur ikan. Saya difahamkan, nak cuci dan masak telur belangkas pun bukan senang. Kalau salah cara dia, boleh memabukkan pemakan dia.


Memang bagus usaha Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas untuk terus menternak belangkas. Kat sini, korang boleh lihat dengan sendiri macam mana cara atau waktu belangkas ni nak mengawan dan bertelur. Proses dia lebih kurang macam penyu, tapi lebih menarik.

 
 Rekaan pantai untuk belangkas membiak dan bertelur.


Lepas je belangkas tu honeymoon, bila air surut, dia akan ke persisiran pantai untuk tanamkan telur dia. Masa tulah pihak Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkasakan ambil telur tu dan simpan di kawasna yang selamat untuk pantau pembiakan dan pembentukan telur tu.

Telur belangkas comel-comel belaka. Telur tu kecil macam kacang hijau, tapi kalau tengok, memang boleh nampak rupa belangkas tu sekecik-kecik macam tu sebab telur dia transparent. Bila dia menetas, comel-comel je, besar berudu tu.


Pusat Ternakan Dan Penetasan Belangkas
Kampung Sedili Kechil, 81900 Kota Tinggi, Johor


Till then,

28 comments:

  1. Replies
    1. Boleh. Kita import belangkas ni ke Thailand.

      Delete
  2. Pertama kali jugak makan belangkas dn teluq belangkas..dn rasanya itulah yg terakhir. Mmg x boleh terima oleh tekak ni...huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya pun kak. Boleh la makan tu, tapi takde la nak makan banyak as lauk. haha

      Delete
  3. Good info. Baru tahu darah belangkas warna biru. Banyak kegunaan darah belangkas yer. Tak pernah makan belangkas lagi.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa. Darah dia ni popular kat negara luar, Malaysia je tak sgt.

      Delete
  4. Tak pernah makan telur belangkas..pernah ada blogger review ttg masakan belangkas termasuk telurnya..rasa nak cuba tp x tau kat mana..hehehe...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kat KL tak popular sangat belangkas ni. Banyak kat Johor sebab deorang bela dan ternak dia.

      Delete
  5. baru tahu ada pusat penternakan belangkas ni. pernah 2 kali makan belangkas, syok gak, sebab tekstur dia tu yang kenyal2 kan :D

    ReplyDelete
  6. Menarik betul dtg tmpt mcm nie. Apa lah agaknya rasa telur dia erk. Teringin rasa. Org kata kalau xpandai siang belangkas, benda tu jadi racun n boleh bawa maut πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Telur dia takde rasa pape sgt, yg buat sedap jenis lauk apa yg dimasak. Kalau telur tu takde pape bahaya, cuma kalau cuci tak bersih hanyir sikit.

      Delete
  7. dah lama teringin nak makan belangkas. hope tahun 2018 ni tercapai hehe

    ReplyDelete
  8. tak pernah makan lagi ni... sedap ke tu??

    ReplyDelete
  9. Pengalaman best. Tak tahu pun yang belangkas mengawan macam tu hahah..

    Sedap tak telur tu?

    ReplyDelete
  10. Seram pulak nak rasa telur belangkas tu. Takut kalau tukang cuci and masak dia tak pandai, tak pepasal kite teruk

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selalunya telur dia takpe, cuma kalau cuci tak bersih hanyir la.

      Delete
  11. Masya Allah..warna biru ye darah dia. Terbayang2 predator yg dalam movie tu

    ReplyDelete
  12. Tekak saya takleh terima...huhu..
    Kalau husband nak beli belangkas..saya tak bagi dia makan kt rumah...walaupun da siap bakar...sebab x suka bau diaπŸ˜…πŸ˜…πŸ˜…

    ReplyDelete
    Replies
    1. Uih, first time dengar belangkas bakar ni.

      Delete
  13. sedapnya ke rasa tu nampak memang berselera tgk :) baru tahu ada pusat penternakan belangkas.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rasa dia ikut jenis masakan apa yg dimasak, sbb takde rasa pape sgt pun sebenarnya.

      Delete
  14. wahhhh at first i tak tau what's belangkas... then saw the photo.. wow you are brave!

    YourFinanceDoctor

    ReplyDelete
    Replies
    1. Actually if you saw the video, Im quite afraid of its feet. Haha

      Delete
  15. Seram nya, nengok belangkas, tak berani nak makan. Dulu mase kekecik kat umah nenek ada gantung cengkerang ni wat hiasan dinding, tapi tak tau pon waktu tu nama dia belangkas hihi.
    Thanks for sharing.. sekarang dah tau dah

    12 Tip Untuk Memulakan Bisnes Online 2018 Dengan Konfiden

    ReplyDelete
  16. I have not try yet . And scary when look at the Belangkas and I don't I can near them.

    ReplyDelete
  17. aku nak try lah nanti, nampak macam sedap tapi aku geli tengok belangkas ni sejibik kepala predator doh ! haha ! btw good exp !

    ReplyDelete
  18. huhu tak sanggup nak makan rupa pun menakutkan

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^