3ina Buka Cawangan Keempat di SkyAvenue, Resorts World Genting

Assalamualaikum dan hai korang,

Bagi yang tak biasa dengar jenama solekan makeup "3ina", jenama ini merupakan jenama kosmetic yang sangat popular daripada Spain. Jangan pulak korang keliru antara 3ina dengan Concept Eyes (3CE) sebab dua-dua jenama tu lain.

3ina, disebut sebagai "Mina atau mee-na" merupakan jenama kosmetik yang baru di Malaysia. Cawangan mereka di SkyAvenue merupakan cawangan yang keempat setelah pembukaan di IOI City Mall Putrajaya, Sunway Pyramid dan Pavillion.



 

Terkejut bila masuk ke dalam kedai kosmetik ni sebab ada banyak sangat pilihan warna. Susah tau nak jumpa jenama yang buat banyak shade terutama untuk warna merah dan oren. Memang tengah mencari warna oren ala-ala Korean gitu.

Warna nudes dan warna yang bold macam purple dan hitam pun ada. Port yang terbaik untuk penggemar makeup ala-ala unicorn dan pelangi.


 

 

Bukan sahaja menawarkan pelbagai pilihan warna untuk bibir yang terdiri daripada gloss, lipstick, lip-primer, lip-pencil dan lip-balm tetapi juga pelbagai pilihan eyeshadow dari macam-macam texture dan warna seperti eye dan eyebrow pencil, eyeliner, mascara dan eyebrow kit.

3ina juga ada jual produk lain seperti alat solekan muka seperti bedak asas dan concealer, barangan penjagaan kulit muka, pelbagai pilihan pewarna kuku dan alat keperluan solekan macam berus dan sponge makeup.

Kalau korang datang sini dan pening kepala nak pilih apa yang sesuai dengan korang, hanya perlu tanya je beauty advisor kat sana. Friendly dan helpful belaka.
Tapi kalau dah jenis pemalu tu, jangan risau sebab korang juga boleh lihat contoh set makeup yang deorang dah create untuk contoh. Ada dalam 6 contoh makeup sekali dengan barang apa yang dipakai untuk dapatkan hasil tu.

Semasa hari pertama pembukaan 3ina cawangan SkyAvenue, saya sempat explore betapa bestnya barang deorang ni. Peminat glitter-glitter macam saya boleh jadi rambang mata. Sempat juga saya create 'natural look' macam kat bawah.

 

Produk 3ina yang saya pakai untuk dapatkan 
Natural Look kat atas:

Personally saya suka dengan highlighter dan eye-shadow deorang. Memang 2 barang fav saya dan saya memang akan beli untuk pakai untuk daily. Suka dengan texture dan intensity warna yang sangat pigmented. Nak buat light boleh, heave makeup pun boleh.

The Cream Eyeshadow
RM53.00

The Automatic Eye Pencil
RM43.00

Eyeliner dan pencil liner dia pun best juga. Senang gila nak pakai sebab pigmented sangat. Tak perlu nak buat double line atau letak banyak kali. Tahan lama dan paling penting, tak senang comot. 

The Pen Eyeliner
RM49.00

 
The Highlighter - Code 200
RM66.00

The Blush - Code 100
RM59.00

Blush dengan highlighter ni yang buatkan muka nampak lebih hidup. Natural sangat warna dia. Nampak macam blush natural padahal pakai makeup. Dalam gambar nampak natural, kalau depan-depan lagilah, suami jatuh cinta kali ke-2.

The Longwear Lipstick - Code 502
RM49.00

Best explore 3ina. Betul cakap deorang, 'Beauty without expression is boring'. Jangan lupa check out kedai jenama ni tau, korang memang takkan menyesal dengan harga dan kualiti deorang lah!

My haul from 3ina. Rasa rugi pula kalau balik tak bawak pape.


3ina Genting Highland
Tingkat 2, SkyAvenue
Website: my.3ina.com/my_en


Till then,

Post a Comment

0 Comments

FOLLOWERS