Thursday, February 8, 2018

NYX Cosmetics Malaysia Kini di Sunway Pyramid

 Hello ladies dan makuup junkies,

Terima kasih kepada NYX Cosmetics dan Butterfly Project Malaysia sebab sudi jemput saya ke Majlis Pembukaan NYX Cosmetics Sunway Pyramid. Sebagai pengguna dan peminat produk NYX, of course saya hadirkan diri ke hari ini.

Tahniah diucapkan kepada NYX Cosmetics sebab dan buka satu lagi cawangan mereka yang di Sunway Pyramid pada 1 Februari 2018. 2 cawangan mereka sebelum ini adalah di  IOI City Mall Putrajaya dan SOGO, Kuala Lumpur.




Sebagai penggemar produk bibir daripada NYX Cosmeticsm saya suka dengan warna dan harga dia yang murah selain daripada kualiti dan texture dia yang best. RM35 untuk satu lip-matte jenama antarabangsa, murah la kan?

Paling suka dengan koleksi NYX Soft Matte Lip Cream dan NYX Liquid Suede Metallic Matte sebab texture dia yang ringan, matte dan tahan lama. Bau pun wangi tau. Dua ni memang fav produk saya daripada NYX Cosmetics.


 Liquid Suede Cream Vault II 

Antara produk edisi terhad daripada NYX Cosmetics yang saya teringin nak miliki. Specialnya Liquid Suede Cream Lipstick Vault II ni sebab ada total of 24 warna produk bibir versi mini termasuklah 6 warna yang terbaru daripada NYX Cosmetics.

Boyfriend dan husband, kalau korang hadiahkan set ni kat pasangan korang, sure dia menangis.

 

NYX Contour Intuitive pun salah satu produk hot selling. Digunakan dalam kes untuk makeup yang ada banyak masalah macam eyebag ke, panda eye ke, jerawat atau kesan hitam parut. Fungsi warna ni macam akan neutralkan balik kesan warna tak sekata supaya kulit wajah nampak flawless.


NYX Cosmetics juga terkenal dengan pelbagai set warna eyeshadow daripada jenis warna yang warm sampailah ke warna yang mengancam. Ada jenis matte dan slitter eyeshadow juga.



Lagi special, ada juga koleksi terbaru daripada NYX Professional Makeup iaitu "Love You So, mochi". Koleksi ini menampilkan 2 pallet eyeshadow dan 2 palette highlighter. Yang sedang mencari highlighter dengan harga yang murah tapi kualiti best, boleh cuba yang ni.

Koleksi ini khas sempena dengan kedatangan Hari Valentine nanti dan semua shade pallette ini lawa-lawa. Highlighter dia is must have!



Eh eh, teringin lah nak cuba NYX Ombre Lip Duo. Kadang-kadang teringin nak pakai lipstick jenis ombre ala-ala Korean gitu, tapi bila buat tak pernah jadi. Haritu cuba yang ni, nampaknya macam senang je nak pakai. Boleh masuk wishlist.


Sempat juga bawa balik NYX London Edition ni. Koleksi ni macam nudes punya shade. Satu warna yang sebenarnya saya dah lama nak cuba tapi masih takde kesempatan. Nanti kalau dah cuba, saya letak gambar okies?



Suka semua kombinasi warna ni. Natiral look gitu.

 NYX Professional Makeup Malaysia
G.1.08, Sunway Pyramid Mall.

Till then,

No comments:

Post a Comment

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^