Monday, June 19, 2017

Vision City Video Games Park di Resorts World Genting

Hello dan salam sejahtera korang,

Kalau datang Resorts World Genting di Genting Highland mesti akan nampak satu arked permainan di sepanjang kawasan nak ke Hotel Genting Grand.

Vision City Video Games Park di Resorts World Genting merupakan arcade yang terbesar yang pernah aku jumpa, malah merupakan salah satu arcade mainan yang terbesar di Malaysia. Vision City Video Games Park kini telah diubah suai menjadi lebih mudah, besar dan lebih baik.

Arcade Vision City Video Games Park menawarkan lebih daripada 429 unit mesin yang terdiri daripada 4 jenis permainan yang berbeza iaitu:
1. Video games
2. Redemption games
3. Kiddie rides
4. Skill games.



Jadi apa nak buat kalau korang nak main kat sini? Tak seperti arked pusat mainan yang lain yang menggunakan token, di Vision City Video Games Park korang perlu menggunakan kad eZiCash. 

Kad eZiCash ni, korang kene tambah nilai kat dalam dia, dan kalau nak pakai masa nak main apa-apa nanti, hanya perlu  swipe/sapu saja kad di slot kad yang disediakan untuk setiap game kat sini. Korang boleh pilih untuk tambah nilai di kaunter atau di mesin layan diri.


Friday, June 16, 2017

Restoran Brasaria, Jaya One Hidangkan Menu dari Peru

Hai korang.

Baru-baru ini aku sempat berbuka puasa di Restoran Brasaria yang terletak di Jaya One, Petaling Jaya. Restoran ini telah menarik minat aku sebab deorang ada buat promo set untuk berbuka puasa dan kat luar kedai itu ada Alpaca! haha

Restoran Brasaria merupakan restoran makanan Peru yang kalau korang cakap pasal menu dari Peru mesti sinomin dengan hidangan ayam bakar dia. Ayam dia yang segar sebab tak dikeraskan dalam peti sejuk terus diperap dan dibakar dengan arang memang patut korang cuba.

'Brasa' membawa maksud 'Bakar' dan suami-isteri yang merupakan pemilik restoran dah tambah perkatan 'ria' untuk membawa maksud gembira. Harapannya adalah untuk orang yang datang makan kat sini makan dengan rasa gembira.


Kalau korang nampak restoran ini dari luar memang colorful banyak warna betul. Mesti menarik perhatian orang yang datang kat sini. Cara susunan meja dan kerusi deorang pun aku rasa unik dan tak pernah lagi aku nampak kat mana-mana.



Sunday, June 11, 2017

Review Buffet Ramadhan Hotel De Palma Ampang

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Kejap je masa berlalu, dah lebih 2 minggu kita berpuasa kan? Baru-baru ni aku berkesempatan untuk membawa keluarga suami aku untuk makan kat buffet ramadhan hotel kegemaran mereka yang mereka selalu pergi tiap-tiap tahun, De Palma Hotel Ampang.

Buffet Ramadhan di Hotel De Palma Ampang pada tahun ini menghidangkan lebih daripada 200 menu. Walaupun pertama kali datang berbuka puasa kat sini, tapi aku puas hati dengan menu pilihan yang disediakan. 

Dalam 200 menu tu, ada menu masakan kampung, masakan pantai timur, juadah warisan, masakan barat, gerai makanan, makanan kantonis dan mamak dan yang aku rasa unik kat sini, mereka ada sediakan biskut tong, jeruk dan serunding ayam dan daging. Sedap pulak tu.

Kambing Golek Bakar

Lepas parkir kereta di Hotel De Palma Ampang yang terletak di sebelah Ampang Point (bayaran parkir dikenakan), terus masuk ke lobby dan pergi ke tingkat 2 untuk dewan makan. Korang juga boleg walk-in untuk berbuka kat sini, tapi lagi selamat kalau korang tempah dulu. 

Meja juga akan disediakan mengikut jumlah orang yang korang datang bersama. Korang tak boleh duduk di meja pilihan sendiri, pastikan carik meja nombor korang. Masa makan tu ada juga persembahan muzik tradisional.


Saturday, June 10, 2017

Lima Waktu x Wawa Aeril: Koleksi Syoknyeee Raya 2017

Hai dan Assalamualaikum korang,

Ada yang sedang mencari baju untuk Aidil Fitri nanti dah?

Aku ni kan kecik, jadi selalu ada masalah nak beli baju terutama baju kurung yang dah siap, sebab nanti kain labuh sangat la, bahu jatuh la, buat pulak dah kahwin ni lagi pening nak cari yang sedondon tapi modern.

Husband aku pulak dah lama cari kurta, ternampak komen ramai cakap baju Lima Wakt ni kain syok dan fitting sesuai untuk orang muda, apa lagi beriya-riya la dia nak beli untuk raya nanti. 

Siap cakap kat aku "Lima Waktu ada kolaborasi projek raya dengan Wawa Aeril, jadi ada baju untuk wanita jugak, abang dah tengok, ada satu dress tu kalau sayang pakai mesti lawa", terus aku approve, ok tahun ni baju raya dari Lima Waktu dan Wawa Aeril.


Untuk projek raya pada tahun ini, Lima Waktu telah berkolaborasi bersama dengan pasangan artis terkenal, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel untuk Koleksi Syoknyeee Raya 2017.

Antara pakaian untuk Koleksi Syoknyeee Raya 2017 adalah jubah lelaki, kurta lelaki, kurta kanak-kanak, baju melayu lelaki, baju perempuan dan koleksi raya keluarga yang menjadikan koleksi ini lengkap untuk seisi keluarga.


LIMA WAKTU

Merupakan sebuah syarikat pengeluar baju lelaki Muslim yang diasaskan pada tahun 2016 oleh anak- anak muda, Amirul Afiq Mahadhir dan Syed Fernash Syed Badlishah. Antara produk keluaran Lima Waktu adalah Jubah Lima Waktu dan Kurta Hajj.

Jubah Lima Waktu

Kurta Sunan - Royal Blue

Kurta Raden - Olive

WAWA ZAINAL & AERIL ZAFRIL

Siapa yang tak kenal dengan pasangan romantis Malaysia ini kan. Wawa dan Aeril sebelum ini pernah mengeluarkan koleksi pakaian wanita dan jubah lelaki do bawah label WA Clothing. Ini merupakan kali pertama mereka berkolaborasi bersama dengan Lima Waktu untuk projek raya.

Kurung Moden Lysa Doll - Sky Blue

Dress Princess - Light Pink 

Kurung Moden Tiara -  Emerald Green

Memang lelawa betul Koleksi Syoknyeee Raya 2017 dari Lima Waktu ni. Harga pun not bad sebab tak sampai RM 200, kira okay la tu kan. Suami aku minat betul dengan kurta keluaran Lima Waktu ni, kain pun kualiti bagusm cutting pun cantik.

Baju koleksi Wawa Zainal pun cantik jugak, sesuai nak bergaya sedondon dengan suami. Comel dan cantik je design dia. Korang yang nak nampak sweet macam Wawa dan Aeril, jangan lupa dapatkan Koleksi Syoknyeee Raya 2017 ya. 

Boleh beli di website atau contact sahaja Facebook mereka. Dengar cerita tengah ada promosi sekarang. Cepat! Nanti habis tak tau.

Koleksi Syoknyeee Raya 2017
Tempahan online/ butik: 012-2828907

Hashtag: #5waktuxWawazainal #5wakturaya2017

Till then,