Saturday, January 30, 2016

Gold Coast Morib International Resort - Studio Suite Room

Selamat sejahtera.

Aku berpeluang untuk short vacation ke Gold Coast Morib. Perjalanan dari Cheras ke sini mengambil masa 1 jam lebih jugak. Short vacation kali ni dirancang sepenuhnya oleh Paeh. Not bad jugak pilihan dia sebab ni merupakan first vacation yang dia plan sejak kami kawen. Bilik yang kiteorang book adalah Studio Suite with Jacuzzi. 

Korang boleh pilih samada korang nak Studio Suite, 2 Rooms Apartment, 3 Rooms Apartment atau Penthouse Suite. Setiap bilik harga dia lain-lain dan saiz dia pun lain. Untuk list harga, aku suggest korang untuk ke web atau call terus sebab masa Paeh check in tu aku tengah tido dalam kereta, so tak sempat nak tengok harga.


Masuk je bilik, dan memang menjadi habit aku untuk masuk toilet dulu (untuk basuh kaki), tengok-tengok ada Jacuzzi! OMG Like kenapa aku tak bawak sabun buih dengan candle?

  

Fasiliti:
- Flat screen TV tapi kecik
- Mini Fridge
- Cerek elektrik dan bahan kopi dan teh.
- Tub mandi
- Meja makan
- Hair dryer & bath robe

Note: barang-barang kat sini memang macam zaman lama punya dan berus gigi sila bawak sendiri.

Kat bawah ni view penuh bilik Studio Suit kat Gold Coast Morib. Bilik dia not bad la. Boleh tahan besar untuk 2 orang. Tapi TV dia kecik. Kalau aku rabun memang aku tarik katil dekat ngan TV. Oh wait! Katil ada 2 kan? Aku ngan Paeh gabungkan je katil tu. Sebelum check-out esok tu tolak la balik.


Semua bilik Gold Coast Morib memang akan ada balkoni yang menampakkan view ke theme park. Kat luar tu ada kerusi tempat lepak. Malam lepas dinner tu aku ngan Paeh lepak kat luar tu, sambil minum air teh sambil kira bintang. Sweet tak? :D



Masa Paeh cakap pasal nak datang sini. Aku tak expect apa-apa sangat sebab dia tak pernah book hotel sebelum ni. Tapi bila sampai je, aku masuk bilik. Whoaaa! Bath tub! Memang 2 kali wei aku dengan Paeh mandi bath tub tu. Malam sampai dengan esok pagi lepas mandi water park. Tapi sayang sabun dia tak banyak buih, takleh nak fefeeling. Tsk T__T


Ni lift dia yang aku rasa kecik. Kalau ada orang house keeping bawak trolley towel, dah full lift ni. Lagi satu, sebab theme park dia kat ground floor, memang lift ni selalu basah. Tapi takde la basah sampai banyak air sebab pihak hotel selalu keringkan.


Ni pulak laluan lepas lift untuk ke bilik aku. Untuk pengetahuan, Gold Coast Morib ni macam style apartment / condo okay. So laluan ni memang boleh nampak luar (outdoor). Agak scary kalau jalan tengah malam sebab masa kiteorang jalan tu, tengah bayangkan Ju-On merangkak-rangkak. =.=


In case korang terfikir "Eh, macam bosan je kalau aku datang sini. Setakat mandi water theme park baik pegi Sunway Lagoon je". Sebenarnya ada banyak lagi aktiviti berbayar yang best kat sini macam kayak, clamp finding, sumo wrestling & gladiator, memancing, sea mud walk, beach volleyball & soccer. Kalau korang nak lagi adventure, ada jugak yang adventure macam flying fox semua.

Gold Coast Morib ni memang terkenal dengan water theme park dia dan kepada yang check-in bilik dia memang akan dapat pass masuk ke water theme park ni secara percuma. Macam kiteorang dapat 2 la, kalau family room maybe dapat 4 ke 6 ke tu tak sure.


Ok now pasal water theme park dia. Btw, ada satu slide tu aku tak boleh naik sebab tak pakai baju mandi. So kalau nak datang sini sila pakai baju mandi ya. Tapi satu tu je la tak boleh. Overall, water theme park ni aku rasa kalau bawak budak-budak best kot. Kalau dewasa aku rasa macam bosan je. Aku yang rasa la. Korang tak tau la macam mana kan.


Gold Coast Morib Water Theme Park info:
Operation hour: 8AM - 7PM
Normal entry ticket: Adult (RM37), Children (RM21)
Club member: Adult (RM19), Children (RM11)
Water tube rental: Deposit (RM10) + Rental (RM10)

Check in: 3 PM
Check out: 12 PM (boleh request check out lambat 1 PM)

GOLD COAST MORIB INTERNATIONAL RESORT SDN. BHD.
PT 294, Kawasan Kanchong Laut, Mukim Morib,
42700 Daerah Kuala Langat, Selangor.
Telefon: 03 31981028
Website: www.gcr.com.my

Rating hotel: ★★★★
Personal rating: ★★★

Sebab? Masa aku check in tu bilik aku tak ada towel sebab maybe ramai orang weekend tu. Aku call untuk mintak towel sebab aku nak ke water park, tapi lama gila deorang nak bagi. Last-last sekali aku turun pegi laundry dia amik sendiri.

Thanks for reading :)

8 comments:

  1. wah ada jakuzzi la. hurmm. lama dh x bercuti

    ReplyDelete
  2. The Jacuzzi is definitely selling to me..! Never heard of the place before, but definitely will be in my list now

    ReplyDelete
    Replies
    1. Please do so. They still do the promo.

      Delete
  3. water park dia kalau ikutkan sesuai la kalau dibawa bersama tu budak-budak.. dewasa ni cm kureng sikit kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aa. Nak mandi pun malas lak rasa sebab ramai orang.

      Delete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^