Tuesday, February 2, 2016

Review Filem: The Boy (2016)

Hi semua.

Filem Horror, Thriller ini diklasifikasikan sebagai untuk tontonan Remaja (13+). Pelakon filem ni memang sangat sikit, mungkin kurang dari 10 orang, dan di antaranya adalah Lauren Cohan, Rupert Evans, Ben Robson, Jett Klyne, Jim Norton, Diana Hardcastle dan James Russell.

Cerita ini turut dikenali dengan nama The Inhabitant dan merupakan sebuah movie American psychological horror film yang di arahkan oleh William Brent Bell dan ditulis oleh Stacey Menear.



SINOPSIS FILEM
Cerita ni tentang Greta yang sedang mencari duit untuk memulakan hidup baru dengan menerima kerja sebagai pengasuh budak di sebuah rumah kawasan pendalaman. Dikaburi dengan bayaran yang mahal dan syaratnya hanyalah untuk menjaga seorang budak lelaki 8 tahun, maka Greta pun terima tawaran tu.

Bila Greta sampai saja di kediaman tu, dia dikejutkan dengan yang sebenarnya yang dia kena jaga bukan lah seorang budak, tetapi satu patung porcelin (Brahms). Pasangan ini meminta Greta untuk menjaga patung tersebut seperti anak lelaki sendiri termasuklah memberi makan, bermain muzik, membaca buku dan banyak lagi.

Satu hari, ibu bapa Brahms nak pergi bercuti, lalu mereka amanahkan Greta untuk menjaga Brahms ni tapi Greta tak jaga dan melanggar syarat yang diberikan. Jadi sebab tu lah terjadinya beberapa perkara mistik sampai lah nanti dia dapat tahu yang sebenarnya Brahms itu adalah seorang lelaki psycho yang berumur 28 tahun.




REVIEW FILEM

Okay. Kalau pendapat personal aku kan, aku takkan nak classify kan movie ni as a "Horror" movie, aku rasa lebih kepada thriller psycho tapi yang pastinya memang bukan horror (okay, maybe ada la seram sikit, but still thriller) sebab movie ni kalau dalam bahasa Melayu dia, bukan cerita hantu.

Memula memang ingat ni cerita hantu sebab maybe patung porcelin tu memang scary dan aku dok terbayang Annabelle, tapi movie ni memang plot twist habis sebab end up sebenarnya budak tu tak mati pun masa kebakaran tu tapi sebab dia jenis psycho, jadi dia hidup dengan menyiksa parent dia dengan cara kena manjakan dia, kalau tak dia akan buat something yang teruk.

Secara jujurnya movie ni boleh tahan nervous jugak sebab cara set up rumah tu, jalan cerita dia, cara cameraman amik angle gambar dan patung tu sendiri yang buat seram jugak. Overall, movie ni nice jugak la cuma aku tak beberapa nak faham part kenapa parent dia bunuh diri dan last tu Brahms ni tak mati pun (even kena tikan dengan screwdriver). Aku rasa nanti ada part 2 kot.

Bintang: ★★
Rating IMDb: 6.5/10


11 comments:

  1. macam ok je filem ni, boleh le tengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silakan tonton. Best oh, tapi tak seram sgt.

      Delete
  2. Saw this trailer on Instagram! I can never watch horror films cause I'd have nightmares..but at the same time I'm so curious! Good that I atleast can now know the synopsis.

    ReplyDelete
    Replies
    1. This is only the very short synopsis. Try watch horror movie for once, and you'll get the 'feeling'. :D

      Delete
  3. SINGGAH ~ http://jmbelog.blogspot.my/2016/01/aku.html

    ReplyDelete
  4. tak seram sgt kan? boleh lah tgk ni. kalau seram sgt jgn haraplah nk tgk. hehe T_T

    ReplyDelete
    Replies
    1. Seriously, tak seram sangat, more kepada thriller sebab bukan ada hantu pun, psycho je.

      Delete
  5. Tak berani nak tengok cerita seram... hahaah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ala, cuba la. Tak seram sangat pun cerita ni. hihi

      Delete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^