Saturday, April 29, 2017

Review Buffet Ramadhan Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera :)

Pejam celik, pejam celik, dah nak masuk bulan Ramadhan tahun 2017. Pasti ramai antara korang yang tengah survey kat mana nak bawa keluarga berbuka pada bulan Ramadhan tahun ini. 

Restoran Saffron Brasserie, Ancasa Hotel & Spa merupakan pilhan tepat untuk korang yang mencari lokasi berbuka yang menghidangkan masakan Melayu asli dengan suasana dan konsep "Selera Desa Kembara Iftar di Kuala Lumpur".

Sajian dan juadah berbuka pada tahun ini disediakan oleh chef Ancasa Hotel & Spa yang berpengalaman dalam bidang kulinari dan masakan Melayu seperti Chef Yohanis, Chef Mariam, Chef Syukri dan Chef Alias dengan bantuan pasukan mereka.

Kambing Golek dan Nasi Arab Khabsah

Mengikut informasi chef yang masakkan kambing golek ini, kambing ini telah dimarinatekan selama 1 hari sebelum dibakar selama 10-12 jam. Sebab itu daging dia lembut dan juicy, penuh dengan rasa. Sekali pula makan dengan nasi arab dia. Terawang-awang je rasa sedap.


Antara sajian yang bakal menjadi tumpuan adalah seperti Ikan Bakar Stail Portugis, Nasi Tumpeng Jawa Timur, Rendang Itik, Siput Sedut Batang Keladi, Sup Rusa, Kambing Golek, Ayam Golek, Rojak Mamak, Asam Laksa, Roti Canai Pandan, Ketupat, Lemang dan menu daripada durian.

Ayam Golek Percik

Menu yang akan dihidangkan pada bulan Ramadhan nanti akan disajikan secara bergilir-gilir dan terdapat lebih daripada 100 hidangan keseluruhannya! Banyak bukan? Berbaloi dengan harga yang ditawarkan, boleh makan sampai kenyang pulak tu.

Nasi Tumpang Jawa Timur

Kari Daging

Dalca Campur

Rendang Itik


Ikan Patin Masak Tempoyak

Teringat aku ada kawan yang sanggup ke Pahang untuk merasa masakan original Ikan Patin Masak Tempoyak. Jangan risau sebab masa buffet Ramadhan nanti, chef hebat masakan Melayu yang akan masak hidangan ni. Baru rasa original.

Udang Masak Petai

Siput Sedut Batang Keladi


Ikan Bakar Stail Masakan Portugis

Antara ikan yang boleh korang pilih adalah dari ikan pari, kembung dan siakap. Khasnya ikan bakar ini sebab merupakan stail masakan Portugis. Rasa dia lain dengan yang selalu ikan bakar aku makan sebab korang boleh rasa pedas rempah dia walaupun makan isi ikan tu macam tu je.

Aneka Kerabu


Ada juga menu pembuka selera yang ringan sikit kotla ada yang sedang berdiet ke, boleh makan aneka bubur, sup dan mee. Antara yang laris dah sedap bagi aku adalah Sup Rusa dia. Rugi kalau tak cuba bila berbuka kat sini.

Warung Dorai Samy: Aneka Sup

Rojak Mamak

Aneka Grill Teppanyaki

Ancasa Hotel & Spa turut menyajikan pencuci mulut seperti roti, pastri, kek dan puding. Ada banyak pilihan yang korang boleh cuba daripada coklat, keju, kopi sampai la ke buah-buahan macam strawberry dan peach. 

Khas untuk peminat durian, Ancasa Hotel & Spa turut menyajikan pemanis mulut daripada durian seperti Serawa Durian, Bubur Durian, Wajik Durian, Dodol, Lempok, Kek, Cucur dan Talak Durian, Mousse Durian dan Puding Durian.


Serawa Durian di Ancasa Hotel & Spa merupakan antara menu wajib dicuba nanti.

Rumah Kampung Sugar House

Figura rumah kampung tradisional masyarakat Melayu yang berat hampir 60 kg ini dibuat oleh Chef Hassukri yang juga merupakan chef pastri Ancasa Hotel & Spa dengan menggunakan 100% bahan yang boleh dimakan. 

Beliau mengambil masa lebih daripada 3 minggu untuk menyiapkan "Rumah Kampung" ini dengan menggunakan gelatin, sirap glukos, gula icing, putih telur, tepung jagung dan air. Pengunjung yang datang berbuka di Ancasa Hotel & Spa pada bulan puasa nanti boleh lihat hasil hebat ini.


Tahun ini, pihak Ancasa Hotel & Spa bertemakan Kembara Iftar di Kuala Lumpur bagi menyingkap semula kenangan lama 

Baucar belian awal berbuka puasa di Ancasa Hotel & Spa boleh dibeli dengan harga serendah RM58 sebelum 15 Mei 2017.

Untuk tempahan sila hubungi Saffron Brasserei: 03-20266060 etx. 7703.

Ancasa Hotel & Spa, Kuala Lumpur
Jalan Tun Tan Cheng Lock, 50050 Kuala Lumpur.
Website: http://www.ancasahotels.com/

Rate harga biasa:
RM68 (dewasa), RM40 (kanak-kanak)

15 comments:

  1. SEDAPNYAAA! Dah merasai yang bulan ramadhan makin dekat :D

    ReplyDelete
  2. lots to try and feel so hungry now. I no try eat buffet there before, shall buzz my dear on this.

    ReplyDelete
  3. Omo. Im drooling when i read your post. Such a huge food feast and variety of food.

    ReplyDelete
  4. What an attractive foodie post!. I have seen a lot on the menu list l will like to try. This hotel known how to give the foodie treat :-)

    ReplyDelete
  5. wow 10-12 jam bakar kambing tu ek? konfirm tip top rasa dia

    ReplyDelete
  6. Kampung food has always been my choice of Ramadan fare. Always my favourite to indulge in.

    ReplyDelete
  7. Lots of delicious food making me feel hungry now. I like the way they decorate the food.

    ReplyDelete
  8. this looks like such a yummy spread and I always did like ancasa hotel's spread...

    ReplyDelete
  9. Wow, look at all the delicious foods, can't wait to try out at this restaurant :)

    ReplyDelete
  10. so many delicious food. time to go for the feast

    ReplyDelete
  11. I really love looking at your pictures and wow! It really makes me hungry!

    ReplyDelete
  12. I will go for roster Lamb and Mexican Rice, don't know if it's odd combination, l just feel like tastings something different

    ReplyDelete
  13. Banyak choices here! The roasted lamb looks huge and yummy =D Definitely a good range of food choices here!

    ReplyDelete
  14. I like Buka Puasa. And all the food really look nice. But WHY the udang masak with PETAI! :(

    ReplyDelete
  15. Sedapnya makan! Ni yang terliur tgk makanan masa bulan puasa ni. haha

    ReplyDelete

Sila comment dengan perasaan yang teruja dan gembira supaya anda gembira selalu ^_^